Ini sebab kenapa benteng banjir di Sungai Golok perlu disegerakan

Kalau tengok gambar pun dah cukup untuk faham situasi sebenar. Setiap kali musim tengkujuh, beginilah kehidupan penduduk di sepanjang lembangan Sungai Golok, terutama di Rantau Panjang.

Air melimpah, laluan tenggelam, dan kawasan rendah kembali menjadi ‘laut’ kecil yang terpaksa ditempuhi saban tahun.

Apa yang lebih menyakitkan hati penduduk ialah perbezaan ketara di antara dua sisi sempadan. Di Golok, Thailand, benteng banjir sudah dibina lebih enam tahun lalu — hasilnya, air sungai terkawal dan tidak melimpah ke kawasan mereka.

Tetapi di sebelah Malaysia, limpahan itu terus menambah derita setiap kali hujan lebat turun.

Lebih memeritkan, keadaan ini bukan berlaku sekali setahun, tetapi beberapa kali dalam setiap musim tengkujuh malah ia berulang selama berpuluh-puluh tahun.


sempadan rantau panjang golok

Sumber foto: FB Anak Jati Rantau Panjang



Sebelum ini kerajaan meluluskan peruntukan RM1.5 bilion untuk pembinaan tembok keselamatan di sempadan Malaysia–Thailand yang merentasi negeri Kelantan.

Tembok itu bukan sahaja untuk membanteras penyeludupan dan jenayah rentas sempadan, tetapi turut dijangka berfungsi sebagai benteng banjir bagi kawasan berisiko tinggi.

Ia dirancang dibina dari Tumpat hingga Tanah Merah.

Namun sehingga kini, tarikh sebenar projek itu akan dimulakan masih belum jelas.

Pada 13 Oktober lalu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat menegaskan bahawa pembinaan tembok keselamatan di sepanjang Sungai Golok di Rantau Panjang dan Pasir Mas kini bukan lagi pilihan, tetapi satu keperluan strategik untuk mempertahankan kedaulatan negara serta keselamatan rakyat.



Penduduk di Rantau Panjang pula berharap projek berkenaan mampu menjadi ‘dua dalam satu’: menjaga sempadan negara dan dalam masa sama menahan limpahan air Sungai Golok yang sering menyebabkan banjir setiap kali musim tengkujuh.

TERKINI

Bomba Kelantan Rekod 1,509 Kes Kebakaran Terbuka Sejak Mac, Bachok Tertinggi
|
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan merekodkan peningkatan…
Kelantan Sasar Pasaran China & Singapura, Rangka Promosi Pelancongan Lebih Efektif
|
Kerajaan Negeri Kelantan kini merangka pendekatan promosi pelancongan yang…
Bengkel Kereta Di Jalan Long Yunus Kota Bharu Terbakar, Lima Kenderaan Hangus
|
Sebuah bengkel kereta di Jalan Long Yunus, Kota Bharu…
Pengeluaran Dron Serangan Iran Meningkat 10 Kali Ganda Sejak Perang
|
Kadar pengeluaran dron serangan Iran dilaporkan meningkat sehingga 10…
YIK Lahirkan 5,720 Huffaz, 432 Graduan Tahfiz Dirai Dalam Majlis Graduasi Kali Ke-16
|
Yayasan Islam Kelantan (YIK) berjaya melahirkan seramai 5,720 huffaz…
MB Manfaat Lawatan PM Sabtu Ini, Bincang Pembangunan Perlu Disegerakan
|
Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke…
Jawatan Kosong Kelantan