Empat sekeluarga cemas, kereta jatuh longkang ketika redah banjir

Empat Sekeluarga Cemas Kereta Jatuh Dalam Longkang Ketika Cuba Redah Banjir Di Raub

Empat sekeluarga melalui detik mencemaskan selepas kereta yang mereka naiki terjatuh ke dalam longkang ketika cuba meredah air banjir yang melimpah di Jalan Tersan, Raub awal pagi Jumaat.

Menurut laporan Sinar Harian, mereka yang menaiki Toyota Vios dipercayai dalam perjalanan dari arah Kelantan menuju ke Kuala Lumpur sebelum insiden berlaku sekitar jam 5 pagi.

Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Raub, kejadian itu disedari anggota yang kebetulan melalui jalan sama untuk ke lokasi pokok tumbang di Ulu Atok.

Anggota berkenaan segera membantu mangsa dan menarik keluar kereta tersebut ke kawasan lebih selamat.

Seorang wanita warga emas berusia 60 tahun yang juga OKU dihantar ke Hospital Raub menggunakan ambulans untuk menerima rawatan lanjut.

Sementara itu, laluan Jalan Bentong–Gua Musang di kawasan sebelum Kampung Tersan (arah Kuala Lipis) serta selepas Kampung Tersan (arah Raub) telah ditutup kepada kenderaan ringan.

Menurut APM Raub, laluan sepanjang kira-kira 100 meter itu ditenggelami air sedalam 0.70 meter akibat limpahan sungai berhampiran.



Pengguna jalan dinasihatkan menggunakan laluan alternatif melalui Jalan Ulu Renggol–Ulu Temalir–Ulu Atok–Kuala Atok atau Jalan Cheroh–Batu Malim–Sungai Koyan, selain Jalan Berchang–Sungai Koyan–Jalan Bentong–Gua Musang dan Jalan Ulu Dong–Tualang Padang.

APM turut memaklumkan bahawa papan tanda amaran telah dipasang dan pemantauan dilakukan dari semasa ke semasa di kawasan terjejas.

Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Nur Izzati Ditemukan 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat
|
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja yang hilang ketika…
Lelaki Dicekup Cuba Hantar 13 Lembu Seludup Di Pasir Mas
|
Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai cuba menghantar 13 lembu…
Jenazah Dua Beradik Lemas Di Paka Selamat Dikebumikan Di Melor, Kota Bharu
|
Jenazah dua beradik yang lemas di Sungai Beril berhampiran…
Lelaki Maut Motosikal Terbabas Ke Dalam Parit Sedalam Dua Meter Di Tawang
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal jenis Yamaha Y15 ditungganginya…
|
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra terus mencatat peningkatan pergerakan…
Guru Agama Didakwa Amang Seksual Dua Kanak-Kanak Lelaki
|
Seorang guru agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!