APM Kelantan redah banjir bantu urus jenazah di kawasan terjejas

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan membantu menguruskan pengebumian jenazah di kawasan yang dinaiki air di Beris Arab, Kampung Senang, Kota Bharu pada Ahad.

Panggilan kecemasan diterima sekitar jam 10.34 pagi sebelum tujuh anggota APM bersama sebuah lori MAN digerakkan ke lokasi yang terjejas banjir.

Operasi diketuai Timbalan Pengarah APM Kelantan, Lt. Kol. (PA) Mohd Farid Ishak. Jenazah perlu dibawa dari Masjid Haji Omar ke Kubur Beris Arab sejauh kira-kira dua kilometer, namun perjalanan itu tidak mudah apabila laluan digenangi air setinggi pinggang.

Walaupun berdepan kesukaran, anggota APM tetap meneruskan tugas pengurusan dan pengangkutan jenazah dengan penuh disiplin.

Proses bermula pada jam 11 pagi dan selesai sekitar jam 12 tengah hari sebelum jenazah selamat dikebumikan tanpa sebarang insiden tidak diingini.

BACA: Kemaskini laporan menyeluruh info banjir di negeri Kelantan

Semua anggota serta aset operasi kembali ke pangkalan dalam keadaan selamat.

APM Kelantan menegaskan komitmen mereka untuk terus memberikan khidmat kemanusiaan kepada masyarakat, terutama ketika banjir yang masih melanda beberapa kawasan di negeri ini.

KD: Dalam keadaan air bah pun, ada insan yang tetap perlu dihormati perjalanan akhir mereka. Tabik pada semua anggota APM yang bertugas tanpa mengira situasi.



Sumber: APM Kelantan, Sinar Harian

TERKINI

Inspektor Polis Didakwa Minta, Terima Suapan RM12,000 Di Jeli
|
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen…
Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!