Adik suspek tembak di Golok dakwa abang parah ditetak sebelum ini

Seorang lelaki mendakwa dirinya sebagai adik kepada suspek kes tembakan di Sungai Golok tampil memberi penjelasan berhubung kejadian yang kini tular dan mendapat liputan meluas di Malaysia.

Menurutnya, abangnya tidak pernah memulakan pergaduhan dan hanya bertindak selepas menjadi mangsa serangan berulang kali.

“Abang saya tak pernah cari gaduh dengan sesiapa. Semua orang di kawasan tu tahu, dia hanya balas bila orang datang cari pasal,” katanya menerusi hantaran di media sosial miliknya.

Suspek kes tembak di Golok ditetak sebelum kejadian



Beliau mendakwa, kejadian berdarah itu berpunca daripada dendam lama selepas abangnya diserang beramai-ramai enam bulan lalu sehingga cedera parah, namun laporan polis yang dibuat tidak menunjukkan sebarang perkembangan.

“Dia (abang) dah buat laporan, tapi kes tak bergerak langsung. Sedangkan orang yang pukul dia masih hidup bebas macam tak ada apa-apa,” ujarnya lagi.

Menurut perkongsian Golok Spotlight pula, akibat serangan tersebut, suspek kehilangan fungsi tangan kiri yang penting untuk kerjayanya sebagai penjaga gol bola sepak.

Suspek kes tembak di Golok ditetak sebelum kejadian 2



Adik suspek turut mendedahkan bahawa pada hari kejadian, mangsa dikatakan datang ke kawasan rumah abangnya, melepaskan lastik dan membawa senjata tajam.

“Kalau abang saya tak sempat tangkap pisau, mungkin dah mati ditikam. Bila dia lawan balik, baru orang nak kata dia salah,” katanya.

Beliau turut melahirkan rasa kecewa terhadap laporan media yang didakwa hanya menyiarkan sebelah pihak.

“Berita sekarang semua serang abang saya. Tapi kenapa tak lapor masa abang saya kena tetak dulu? Kalau dia tak lawan, mungkin dah tak ada hari ini,” katanya lagi sambil menegaskan bahawa keluarga hanya mahu menuntut keadilan.

Pihak berkuasa Thailand masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian yang berlaku di kawasan sempadan Sungai Golok itu.

Menurut laporan Kosmo pula, suspek yang juga penjaga gol Kelantan FA pada 2019 pernah menerima 120 jahitan di tangan termasuk 20 jahitan di kepala akibat ditetak sehingga terpaksa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Golok selama sebulan.

Melalui sumber dari laporan itu lagi menyatakan bahawa kejadian (tetak) tersebut dikatakan berpunca ketika suspek menuntut hutangnya kepada mangsa.

Pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan disebabkan kejadian itu suspek bertindak nekad dalam kejadian baru-baru ini.



Sebelum ini media melaporkan rakyat Malaysia maut ditembak di Sungai Golok oleh suspek yang kemudiannya datang menyerah diri di Balai Polis Sungai Golok.

#KelantanDaily
Sumber: Golok Spotlight, Kosmo, Lip'z Zaä

TERKINI

“Sebagai Bapa, Saya Maafkan Guru Berkenaan” – Bapa Pelajar Maut Dirempuh Di Sekolah
|
Tragedi pilu yang meragut nyawa pelajar Tingkatan Satu, Nur…
Guru Disyaki Rempuh Dua Pelajar Depan Surau Sekolah Di Kota Bharu Dibawa Ke Mahkamah
|
Kes kemalangan tragis yang mengorbankan seorang pelajar Tingkatan Satu…
Iran Telah Lama Bersedia Hadapi Perang Berpanjangan Selama 6 Bulan
|
Iran dilaporkan bersedia menghadapi kemungkinan perang berpanjangan sehingga enam…
Tragedi Pelajar Maut Di Kota Bharu Perlu Jadi Iktibar, Elak Kecuaian – PM
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tragedi yang…
Tular Video Pemandu Bas Didakwa Pandu Sambil Meriba Wanita
|
Satu video yang tular di media sosial mencetuskan kemarahan…
AS Dakwa China Bersedia Hantar Sistem Pertahanan Udara Baharu Kepada Iran
|
Perisikan Amerika Syarikat (AS) mendakwa China sedang bersiap sedia…
Jawatan Kosong Kelantan