Tok Guru pencetus amalan bacaan Al-Fatihah sebelum mesyuarat

KOTA BHARU – Amalan membaca surah Al-Fatihah dan Surah Al-Asr sebelum memulakan mesyuarat di jabatan-jabatan kerajaan negeri Kelantan yang kini menjadi kebiasaan, sebenarnya dicetuskan oleh Almarhum Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa beliau menerajui pentadbiran negeri pada tahun 1990.

Perkara itu dikongsikan oleh mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Dr Zainuddin Ibrahim, dalam Program Wacana 35 Tahun Membangun Bersama Islam (MBI) yang berlangsung pada Selasa.

Menurut beliau, perubahan besar dalam sistem pentadbiran kerajaan negeri bermula apabila Tok Guru Nik Aziz dilantik sebagai Menteri Besar pada 22 Oktober 1990 dengan membawa visi dan misi berteraskan nilai-nilai Islam dalam setiap dasar dan pelan pembangunan negeri.

“Tok Guru mula menerapkan bacaan Al-Fatihah dan Surah Al-Asr sebelum memulakan mesyuarat. Pada awalnya ada yang mempersoalkan amalan ini, namun lama-kelamaan ia menjadi budaya dan diikuti bukan sahaja oleh jabatan kerajaan, bahkan turut diamalkan oleh syarikat-syarikat swasta,” katanya.

Dr Zainuddin menjelaskan, pendekatan Tok Guru itu sebahagian daripada gagasan besar Membangun Bersama Islam (MBI) yang diasaskan pada tahun 1990 berlandaskan tiga prinsip utama UMIUbudiyyah (pengabdian kepada Allah), Mas’uliyyah (tanggungjawab dan akauntabiliti) serta Itqan (kesungguhan dan kecekapan).

Selain itu, antara pembaharuan lain yang diperkenalkan oleh Almarhum Tok Guru semasa pentadbirannya termasuklah Tadarus Al-Quran dalam kalangan penjawat awam, pinjaman kenderaan patuh syariah, Bulan Sembahyang, amalan kerja empat hari seminggu, pengajian agama di Medan Ilmu, cuti bersalin 60 hari, serta waktu pulang kerja lebih awal pada bulan Ramadan.

Dr Zainuddin yang mula berkhidmat dalam kerajaan negeri sejak tahun 1978 dan menjawat jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dari 2011 hingga 2013 berkata, semua dasar tersebut menjadi bukti keutuhan visi Tok Guru dalam melahirkan pentadbiran berteraskan nilai Islam.

@thekelantandaily

Perkara itu dikongsikan oleh mantan Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Dr Zainuddin Ibrahim #KelantanDaily #BeritaKelantan #TGNA

♬ original sound - Kelantan Daily - Kelantan Daily



Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkhidmat sebagai Menteri Besar Kelantan selama 22 tahun, 6 bulan dan 14 hari sebelum bersara pada 6 Mei 2013. Beliau dilahirkan pada 10 Januari 1931 dan kembali ke rahmatullah pada 12 Februari 2015.

#KelantanDaily

TERKINI

Untung Bukan Keutamaan, Peniaga Di Kota Bharu Kekal Jual Nasi Lemak RM1
|
Tragedi kebakaran yang memusnahkan rumahnya pada 2021 tidak mematahkan…
Suspek Kes Culik Dua Lelaki Di Kelantan Ditahan Di Terengganu
|
Seorang daripada dua suspek yang dipercayai mendalangi kes penculikan…
BERSAMA Umum Bertanding Dalam Pilihan Raya Di Kelantan
|
Parti BERSAMA mengumumkan langkah memasuki arena politik Kelantan menerusi…
Delegasi Indonesia Kagum Pendekatan Pentadbiran Islam Kelantan
|
Pendekatan pentadbiran Islam yang dilaksanakan di Kelantan menarik perhatian…
Beza Usia 37 Tahun, Suami Akui Isterinya Adalah Cinta Pertama
|
Seorang lelaki berusia 27 tahun mengakui tidak pernah menyesal…
Tampar Polis Selepas Diminta Tunjuk IC, Warga Emas Dipenjara Sebulan
|
Seorang warga emas dipenjara sebulan selepas mengaku bersalah di…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!