Tular trak pikap tulisan Israel bermaksud ‘Malaysia rumah kami’ di Melaka

JASIN – Tular klip video memaparkan sebuah kenderaan pikap berpelekat tulisan Hebrew yang membawa maksud “Malaysia rumah kami” sehingga mencetuskan kebimbangan serta kemarahan orang ramai di media sosial.

Video berdurasi 14 saat itu menunjukkan sebuah pikap dipercayai jenis Isuzu atau Nissan Navara, berwarna perak, yang mempunyai pelekat warna biru bertulisan putih yang menyerupai warna bendera Israel dengan tulisan dalam bahasa Hebrew, bahasa rasmi Israel.

Tulisan tersebut membawa maksud “Malaysia rumah kami” atau “Malaysia di tangan kami,” yang dianggap sensitif dan berpotensi menimbulkan provokasi, terutama ketika isu Gaza masih menjadi perhatian dunia termasuk misi Global Sumud Flotilla (GSF).

Video berkenaan mula tular di media sosial sekitar tengah hari Selasa selepas dikongsikan seorang pengguna platform thread, dan menerima ribuan komen serta reaksi marah daripada warganet.

Susulan kejadian itu, Pegawai Agama kepada Ketua Menteri Melaka, Hairul Amin Madon, tampil membuat laporan polis di Balai Polis Merlimau pada jam 3.30 petang, Selasa.

Menurut Hairul Amin, laporan dibuat bagi membolehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan dan mengenal pasti pemilik kenderaan serta asal-usul pelekat berkenaan.

“Saya melihat video itu di media sosial sekitar jam 12 lebih dan membaca pelbagai komen daripada rakyat negeri ini yang menyatakan rasa bimbang serta marah.

Kita serahkan kepada pihak polis untuk siasat dari mana datangnya pelekat itu, siapa pemiliknya dan apa tujuan sebenar,” katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Merlimau.

Beliau turut menegaskan bahawa mesej sebegitu tidak wajar dipamerkan di tempat awam kerana boleh menimbulkan kegusaran serta menyentuh sensitiviti umat Islam.



Setakat jam 1.30 petang, pihak polis Melaka memaklumkan belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian tersebut sebelum laporan rasmi dibuat oleh Hairul Amin.

Lokasi sebenar video berkenaan dirakam masih belum dapat dipastikan, namun dipercayai berlaku di dalam kawasan negeri Melaka.

Satu sidang media turut dijadualkan diadakan selepas laporan polis tersebut dibuat.

#KelantanDaily
Sumber: Sinar Harian, Malaysia Gazzette

TERKINI

Wanita Ditemui Maut Di Ketereh Pakai Rantai Leher Ukiran Nama “SYAA”
|
Kes penemuan mayat seorang wanita di Kampung Simah, Ketereh,…
Saksi Nampak Kecederaan Di Muka Dan Leher, Penemuan Mayat Wanita Di Ketereh Diklasifikasikan Kes Bunuh
|
Penemuan mayat seorang wanita di jalan Kampung Kubang Kiat,…
Imam Besar Kelantan Dinobat Tokoh Pekerja Negara Sempena Hari Pekerja
|
Imam Besar Negeri Kelantan, Dr Muhammad Hana Pizi Abdullah…
Penemuan Mayat Wanita Tertiarap Dengan Kesan Tikaman Di Atas Jalan Di Ketereh
|
Penduduk sekitar Ketereh dikejutkan dengan penemuan mayat seorang wanita…
10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Jawatan Kosong Kelantan