Dari Pasir Puteh ke Melbourne, tiga beradik nekad berhijrah jadi petani

Pasir Puteh – Tiga beradik dari Pasir Puteh, Kelantan nekad berhijrah ke Melbourne, Australia demi mencari rezeki dengan menceburkan diri dalam aktiviti pertanian secara sambilan.

Petani, Tuan Nooraida Tuan Min, 40, berkata, kesempitan hidup dan masalah kewangan mendorong beliau membawa dua adiknya, Tuan Nadhirah, 30, dan Tuan Nurnasuha, 27, berhijrah ke negara itu sejak 2019 untuk mencari peluang lebih baik.

Menurutnya, mereka bekerja mengikut musim dengan melakukan sekurang-kurangnya empat jenis pekerjaan setiap tahun termasuk memetik anggur, sayur brokoli, kerja pembungkusan epal, serta penanaman dan pembungkusan tomato.

“Kami kerja di sini ikut musim. Contohnya Januari hingga Mei kami memetik anggur, kemudian dua atau tiga bulan kerja memetik brokoli. Lepas itu kami pindah ke pembungkusan epal dan akhirnya kerja menanam serta membungkus tomato,” katanya ketika dihubungi.

Tuan Nooraida berkata, hasil kerja keras mereka memberi pulangan lumayan apabila beliau memperoleh kira-kira AUS$5,000 (RM13,740) sebulan melalui kerja sambilan itu.

“Daripada kerja yang dilakukan di sini, masalah kewangan yang ditanggung sebelum ini sudah dapat diselesaikan,” katanya sambil menambah pengalaman bekerja bersama adik-beradik menjadi kenangan manis buat mereka.

Walau begitu, katanya, kehidupan di luar negara tetap penuh cabaran termasuk perlu berjauhan daripada keluarga dan menyesuaikan diri dengan rutin kerja yang padat.

“Kadang-kadang makan tak menentu, tapi bila kerja gigih, hasilnya lumayan. Cuma sedih juga sebab jauh dari keluarga,” ujarnya.

Tuan Nooraida turut menasihatkan rakyat Malaysia yang mahu bekerja di Australia agar melakukannya secara sah dan mengikut prosedur visa yang betul.

“Kalau nak datang sini, buat secara sah. Mohon visa pekerja. Sekarang semua orang sudah tahu caranya, jadi buat ikut jalan betul,” katanya.



Tambahnya, buat masa ini beliau belum berhasrat untuk kembali bekerja di Malaysia, namun tidak menolak kemungkinan berbuat demikian pada masa hadapan.

#KelantanDaily
Sumber: Berita Harian

TERKINI

[VIDEO] Pemilik Rumah Kesal, Penyewa Lari Tinggalkan Rumah Dalam Keadaan Rosak Dan Kotor
|
Seorang pemilik rumah di Taman Desa Kujid, Kota Bharu…
Sudah 10 Kali Ditangkap, Lelaki Mengaku Jadi Penyeludup Demi Sara Keluarga
|
"Kalau Tak Buat Kerja Ini, Apa Lagi Saya Boleh…
Lelaki Ditembak Ketika Hendak Masuk Kereta Selepas Beli Telur
|
Seorang lelaki berusia 38 tahun cedera selepas dipercayai ditembak…
PGA Rampas 14 Ekor Lembu Seludup Bernilai RM334,000 Di Tanah Merah
|
Cubaan menyeludup masuk 14 ekor lembu pedaging dipercayai dari…
Pasar Besar Machang Baharu Mula Beroperasi, Lebih Luas Dan Selesa
|
Penduduk Machang kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih…
Dituduh Curi Ayam, Lelaki Maut Dibelasah Di Depan Anak Perempuan
|
Hanya kerana dituduh mencuri seekor ayam, seorang lelaki berusia…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!