RM150,000 wang tebusan diminta, lapan suspek culik diberkas polis

KOTA BHARU – Polis Kelantan menahan lapan individu termasuk seorang wanita selepas dipercayai terbabit dalam kes culik tiga lelaki di Cherang Ruku, Pasir Puteh pada 26 September lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, semua suspek berusia 20 hingga 46 tahun ditahan antara jam 2 pagi hingga 11.30 pagi semalam dalam operasi di enam lokasi berasingan sekitar Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Tumpat.

Menurutnya, kejadian culik itu berlaku pada jam 11 pagi, 26 September, apabila tiga lelaki berusia lingkungan 20-an dilarikan sebelum dikurung di sebuah rumah tidak bernombor di Cherang Ruku.

“Suspek menuntut wang tebusan RM150,000 daripada majikan mangsa. Namun, selepas RM29,000 dibayar, ketiga-tiga mangsa dibebaskan selepas tiga hari diculik.

“Bertindak atas maklumat dan risikan, polis berjaya menahan lapan suspek tempatan semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas sepucuk revolver, satu pistol tiruan serta tiga kenderaan iaitu Proton Perdana, Audi Q7 dan Nissan Terrano.

Turut dirampas, 10 telefon bimbit milik suspek, lima telefon bimbit milik mangsa, seutas rantai besi bersama lima mangga dan anak kunci, pelitup muka, pakaian dipakai suspek serta pengikat kabel.

Mohd Yusoff berkata, saringan air kencing mendapati semua suspek negatif dadah dan mereka direman empat hari bermula semalam sehingga 5 Oktober ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana pemerasan dengan ugutan, Seksyen 365 kanun sama kerana melarikan dengan niat salah, serta Seksyen 8 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971.

#KelantanDaily
Sumber: Polis Kontinjen Kelantan

TERKINI

[VIDEO] Pemilik Rumah Kesal, Penyewa Lari Tinggalkan Rumah Dalam Keadaan Rosak Dan Kotor
|
Seorang pemilik rumah di Taman Desa Kujid, Kota Bharu…
Sudah 10 Kali Ditangkap, Lelaki Mengaku Jadi Penyeludup Demi Sara Keluarga
|
"Kalau Tak Buat Kerja Ini, Apa Lagi Saya Boleh…
Lelaki Ditembak Ketika Hendak Masuk Kereta Selepas Beli Telur
|
Seorang lelaki berusia 38 tahun cedera selepas dipercayai ditembak…
PGA Rampas 14 Ekor Lembu Seludup Bernilai RM334,000 Di Tanah Merah
|
Cubaan menyeludup masuk 14 ekor lembu pedaging dipercayai dari…
Pasar Besar Machang Baharu Mula Beroperasi, Lebih Luas Dan Selesa
|
Penduduk Machang kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih…
Dituduh Curi Ayam, Lelaki Maut Dibelasah Di Depan Anak Perempuan
|
Hanya kerana dituduh mencuri seekor ayam, seorang lelaki berusia…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!