Penerbangan terus dari Kota Bharu ke Singapura bermula 31 Oktober

KOTA BHARU – Penerbangan terus dari Singapura ke Kota Bharu oleh Scoot, anak syarikat penerbangan tambang murah Singapore Airlines, dijangka menyuntik nafas baharu dalam sektor pelancongan negeri Kelantan.

Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Datuk Mohd Izani Ghani, berkata pihaknya menyambut baik pembukaan laluan itu yang mampu memperluas promosi Kelantan sebagai destinasi pelancongan utama di Pantai Timur.

“Dengan adanya kemudahan ini dan kapasiti LTSIP (Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra) yang besar mampu menampung kemasukan lebih ramai pelancong ke negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program MYAirportCARES Lestari Seni Majlis Pemerkasaan dan Pemuliharaan Rebana Ubi serta Sambutan Penerbangan Sulung Scoot dari Singapura ke Kota Bharu di LTSIP, malam Ahad.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Perancangan) Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Rosnan Abdul Rahman, dan Ketua Pegawai Operasi Malaysia Airports Sdn Bhd, Kamaruzzaman Razali.

Penerbangan terus dari Singapura itu membawa 50 penumpang dan akan diteruskan dengan kekerapan dua kali seminggu, iaitu setiap Jumaat dan Ahad, dengan tempoh perjalanan selama satu jam 15 minit.

Mohd Izani berkata, pihaknya mengalu-alukan pembukaan laluan antarabangsa ke Kota Bharu yang dilihat mampu memperkukuh lagi promosi negeri ini kepada pelancong luar negara.

“Kita lihat perjalanan ini mendapat sambutan. Dengan adanya kemudahan baharu lapangan terbang ini, kita yakin mampu menampung peningkatan kedatangan pelancong.

Sekiranya perjalanan Singapura–Kota Bharu mendapat sambutan baik, laluan Kota Bharu–Bangkok (Thailand) atau Kota Bharu–Jakarta (Indonesia) boleh dipertimbangkan,” katanya.

Beliau menambah, MAHB berharap dapat menjalin kerjasama dengan pelbagai agensi bagi merancakkan sektor pelancongan khususnya di negeri Kelantan.



Sementara itu, hasil semakan di laman rasmi flyscoot.com mendapati penerbangan Kota Bharu–Singapura akan bermula 31 Oktober ini, dengan tiket sehala serendah RM152.

#KelantanDaily
Sumber: Sinar Harian, Harian Metro

TERKINI

Pusat Latihan Kelantan Red Warrior FC Guna Rumput Jenis Zoysia
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) dilihat semakin serius…
Negara Diancam “Melayu Phobia”, Perlu Akta Khusus Lindungi Asal Usul Melayu
|
Kerajaan digesa menggubal satu akta khusus yang memperuntukkan bahawa…
[VIDEO] Pelancong Indonesia Tertarik Penggunaan Tulisan Jawi Di Kelantan
|
Sejak penerbangan terus Jakarta-Kota Bharu dibuka pada 16 Jun…
Kereta Bawa 200,000 Batang Rokok Seludup Terbabas Dalam Tali Air Di Tumpat
|
Cubaan seorang penyeludup meloloskan diri daripada ditahan Pasukan Gerakan…
12 Pegawai Polis Ditahan Disyaki Peras Ugut Warga China RM2 Juta
|
Seramai 12 pegawai polis pelbagai pangkat ditahan selepas dipercayai…
Mbarga, Musa Dijangka Turun Beraksi Dalam Pusingan 16 Piala FA Golok
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal meneruskan cabaran…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!