Pelumba cilik dari Kelantan cemerlang di FIM MiniGP walau tanpa penaja

KOTA BHARU – Di sebalik bising deruman enjin dan cabaran litar, terserlah semangat luar biasa seorang pelumba cilik dari Kelantan, Wan Muhammad Nufayl Darwisy Bin Wan Mohd Assif, 11 tahun, yang kini menjadi satu-satunya pelumba dari negeri Cik Siti Wan Kembang dalam kejuaraan FIM MiniGP Malaysia Series 2025.

Berasal dari Bunut Susu, Pasir Mas dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu, Nufayl mula berjinak dalam dunia permotoran sejak usia enam tahun dengan menunggang poketbike. Selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), beliau kembali aktif pada usia tujuh tahun dengan latihan menggunakan motosikal KSR yang diubah suai.

Ketika berumur lapan tahun, Nufayl mencuba nasib dalam pemilihan Ohvale Championship 110cc dan terpilih menjadi pelumba di bawah pengurusan bekas pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin. Beliau kekal dalam kategori itu sehingga berumur 10 tahun dan berjaya menamatkan musim dengan tempat kedua keseluruhan.

Tahun ini, pada usia 11 tahun, Nufayl melangkah ke kategori lebih tinggi di FIM MiniGP Malaysia Series 160cc yang telah berakir semalam. Beliau berjaya menempatkan diri di tempat ketiga keseluruhan selepas mengharungi lima pusingan. Lebih manis, adik Nufayl berjaya menaiki podium sebanyak empat kali dengan berada di tempat pertama di perlumbaan 1 dan tempat ketiga di 3 perlumbaan lain.

FIM MiniGP Malaysia Series 2025

Adik Nufayl (kedua dari kanan) peroleh tempat ketiga keseluruhan di FIM MiniGP Malaysia Series 2025 bagi kategori 160cc



Perjuangan dan Pengorbanan Keluarga

Menurut ibunya, Wan Shahfadhilah Binti Wan Rossly, perjalanan Nufayl dalam dunia sukan pemotoran bukanlah mudah dan menuntut pengorbanan besar dari segi masa, tenaga dan kewangan.

“Setiap minggu kami perlu berulang-alik dari Pasir Mas ke Litar Gong Badak, Terengganu untuk sesi latihan bersama jurulatih Coach Lan Jawa kerana di Kelantan tiada litar khusus untuk latihan sukan permotoran,” katanya.

Setakat ini, keluarga Nufayl hanya menerima bantuan yuran tahunan daripada kerajaan negeri Kelantan, manakala selebihnya ditanggung sepenuhnya oleh ibu bapa.

Kos keseluruhan penyertaan dan latihan bagi setahun dianggarkan mencecah hampir RM40,000, meliputi yuran perlumbaan, latihan, penyelenggaraan motosikal, peralatan perlumbaan dan kos perjalanan mingguan.

Harapan dan Seruan Sumbangan

Walaupun masih muda, Nufayl menyimpan cita-cita besar untuk menjadi pelumba profesional negara dan menjadikan idola seperti Roxy dan Marc Márquez sebagai sumber inspirasi.

“Harapan kami agar ada pihak yang sudi menaja atau menyumbang untuk membantu Nufayl terus bertahan dalam bidang yang diminatinya ini. Sukan permotoran memang memerlukan kos tinggi, dan kami amat berharap ada insan atau syarikat yang nampak potensi besar Nufayl sebagai wakil tunggal Kelantan,” ujar ibunya lagi.

Bagi mereka yang ingin memberi sumbangan atau menjadi penaja, boleh menghubungi:
📞 Bapa Nufayl – Wan Mohd Assif Bin Abdullah (017-9025670)
💳 Akaun Maybank: 1530 3902 1990 (Wan Mohd Assif Bin Abdullah)

Adik Nufayl membuktikan bahawa walaupun datang dari kampung kecil di Pasir Mas, semangat dan usaha gigih mampu membawa nama Kelantan ke pentas nasional — dan mungkin satu hari nanti, ke litar dunia.

#KelantanDaily

TERKINI

Kumpulan Pertama Jemaah Haji Malaysia Selamat Tiba Di Madinah
|
Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia bagi musim 1447H/2026 selamat…
PGA Tahan 2 Lelaki Di Pasir Mas, Rampas 5kg Bunga Ganja Bernilai RM400,000
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan dua lelaki termasuk seorang…
Peruntukan Pembangunan Di Kelantan Dinaikkan Kepada RM8 Bilion
|
Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan untuk Kelantan daripada RM3…
Kerajaan Lulus RM20 Juta Untuk Program Pembasmian Kemiskinan Di Kelantan
|
Kerajaan MADANI meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM20 juta bagi…
Mangsa Kedua Insiden SMK Tanjong Mas Akan Jalani Pembedahan Tampalan Cuping Telinga
|
Mangsa kedua insiden dirempuh kereta yang dipercayai dipandu seorang…
Rakyat Kelantan Boleh Terbang Terus Ke China Dan Korea Selatan
|
Rakyat Kelantan bakal menikmati kemudahan penerbangan jarak jauh apabila…
Jawatan Kosong Kelantan