Anggota tentera cedera, isteri maut kereta terbabas langgar tembok

TANJUNG MALIM – Seorang wanita maut manakala suaminya cedera selepas kereta yang mereka naiki terbabas di Kilometer 96 Jalan Persekutuan Ipoh–Kuala Lumpur, di sini petang Isnin.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Nur Syuhada Mohd Yusoff, 32, dari Kampung Salor, Pengkalan Kubor, Kelantan, manakala suaminya, Muhammad Aiman Shah Asba, 34, yang merupakan anggota tentera, mengalami kecederaan ringan.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Muallim, Deputi Superintenden Suhaimi Muhamad, kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang apabila kereta jenis Toyota Vios yang dipandu suami mangsa hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan terbabas ke laluan bertentangan.

“Siasatan awal mendapati kenderaan berkenaan dalam perjalanan dari arah Ipoh menuju ke Kuala Lumpur. Pemandu dipercayai hilang kawalan ketika melalui kawasan selekoh akibat permukaan jalan licin selepas hujan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, impak pelanggaran menyebabkan bahagian hadapan dan kiri kereta rosak teruk, manakala penumpang hadapan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan.



“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Slim River untuk proses bedah siasat, manakala pemandu yang cedera turut dihantar ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya lagi.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

#KelantanDaily
Sumber: Sinar Harian, Harian Metro

TERKINI

PDRM Kelantan Catat Penurunan Jenayah Indeks Dan Kes Narkotik
|
Kadar jenayah indeks di Kelantan terus menunjukkan trend positif…
Polis Johor Rampas Methamphetamine RM3.04 Juta, Remaja 16 Tahun Antara Lapan Ditahan
|
Seorang remaja berusia 16 tahun antara ditahan dipercayai menjadi…
Sektor Pertanian Sumbang RM6.1 Bilion kepada KDNK Kelantan
|
Sektor pertanian masih menjadi antara tulang belakang ekonomi negeri…
Lamine Yamal ‘Cawangan Bachok’ Kongsi Pengalaman Jadi Tumpuan Ketika Piala Dunia
|
Pemuda dari Kelantan yang menjadi tular kerana wajahnya dikatakan…
Lari Dari Sekatan Polis, Dua Rohingya Ditahan Bersama 6,000 Pil Kuda Di Gua Musang
|
Cubaan dua lelaki etnik Rohingya melarikan diri daripada pemeriksaan…
RMMK Badang Siap Sepenuhnya, Tawar 344 Unit Rumah Serendah RM45,000
|
Projek Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) Badang di Jalan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!