KPM umum sesi persekolahan 2026 kembali bermula Januari

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengumumkan bahawa Kalendar Akademik Tahun 2026 bagi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan akan bermula pada 11 Januari hingga 31 Disember 2026 bagi negeri Kumpulan A, dan 12 Januari hingga 31 Disember 2026 bagi negeri Kumpulan B.

Menurut kenyataan KPM, kalendar akademik berkenaan boleh dimuat turun melalui portal rasmi kementerian di pautan https://www.moe.gov.my/surat-siaran-kpm-bil-3-tahun2025-kalendar-akademi.

Kumpulan A melibatkan negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala Kumpulan B meliputi sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

“Kejayaan mengembalikan semula sesi persekolahan kepada bulan Januari dilakukan secara berperingkat dan tertib serta tanpa mengganggu pengoperasian institusi pendidikan. Ia adalah hasil perancangan rapi dan komitmen tidak berbelah bahagi warga pendidikan di semua peringkat,” menurut kenyataan itu.

KPM turut memaklumkan bahawa tarikh-tarikh cuti perayaan tahun 2026 telah diselaras bagi sambutan Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Deepavali, Pesta Kaamatan, Hari Gawai Dayak dan Krismas.



Kenyataan itu menegaskan bahawa langkah berkenaan mencerminkan komitmen KPM untuk mengutamakan kesejahteraan murid, guru serta seluruh warga sekolah.

#KelantanDaily
Sumber: Bernama

TERKINI

Uganda Dakwa Sedia Gerakkan 500,000 Tentera Untuk Tawan Iran
|
Ketua tentera Uganda, Jeneral Muhoozi Kainerugaba mencetuskan perhatian antarabangsa…
PGA Rampas 8,000 Pil Yaba Bernilai RM80,000 Di Kebun Sawit Pasir Mas
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas sebanyak 8,000 biji…
Empat Bom Ikan Ditemukan Berhampiran Sempadan Tanah Merah Dimusnahkan
|
Empat objek disyaki bom ikan yang ditemukan berhampiran kawasan…
Iran Bawa Potret Dan Beg Sekolah 165 Murid Terbunuh Terbang Ke Pakistan
|
Tular di media sosial satu hantaran memaparkan ketua delegasi…
Pemilik Restoran Nasi Ulam Cikgu Meninggal Dunia Selepas Rebah Ketika Solat Isyak
|
Pemilik perniagaan terkenal Restoran Nasi Ulam Cikgu di Kampung…
Masih Ada “Buat Darat” Berkumpul Di LTSIP, 16 Kenderaan Disita, 171 Saman Dikeluarkan
|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan bersama Jabatan Siasatan dan…
Jawatan Kosong Kelantan