KPM dicadang kembalikan hukuman rotan di sekolah

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dicadangkan supaya mengembalikan hukuman rotan sebagai antara langkah mendisiplinkan pelajar, dengan tatacara dan prosedur yang lebih teratur.

Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng (PH-Bagan), berkata langkah itu perlu meliputi bukan sahaja sekolah di bawah KPM, tetapi juga sekolah swasta, bagi memastikan kawalan disiplin yang menyeluruh.

“Merotan memang berkesan sejak dahulu, kerana dahulu dengan hukuman rotan (kita) tidak mendengar kes yang berlaku seperti sekarang,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 di peringkat dasar.

Beliau mencadangkan agar guru yang diberi tanggungjawab merotan perlu menjalani pemeriksaan psikologi bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan pelajar terjamin.

Selain itu, Guan Eng turut menyarankan agar sekolah diberikan peruntukan bagi memasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk memantau keselamatan di kawasan sekolah.

Sementara itu, Rodziah Ismail (PH-Ampang) pula menekankan perlunya reformasi pendidikan bagi mengurangkan beban tugas pentadbiran guru supaya mereka dapat menumpukan semula kepada tanggungjawab utama sebagai pendidik.

Beliau mencadangkan agar KPM menubuhkan Task Force Beban Guru dan Keselamatan Sekolah untuk meneliti isu tersebut secara menyeluruh, termasuk mewujudkan sistem tunggal pendidikan digital nasional bagi mengelakkan pertindihan laporan antara KPM, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.

“Realitinya, guru hari ini bukan sahaja mengajar, tetapi perlu mengisi pelbagai laporan digital, mengurus kebajikan murid, audit, komuniti sekolah serta menyertai pelbagai program dan bengkel. Akibatnya, masa untuk mendidik dan memahami murid semakin berkurang seterusnya menambah tekanan kepada guru,” katanya.



Persidangan Dewan Rakyat akan bersambung Rabu depan selepas cuti perayaan Deepavali. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, turut merakamkan ucapan selamat menyambut Deepavali kepada semua Ahli Parlimen, petugas dan rakyat Malaysia yang meraikannya.

Sumber: Bernama
#KelantanDaily

TERKINI

12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
JAKIM Nafi Iktiraf Sijil Nikah Rohingya, Guna Nombor Rujukan Palsu
|
Dakwaan mengenai sijil perakuan nikah melibatkan etnik Rohingya yang…
Suami Isteri Ditahan Disyaki Guna Dron Seludup Tembakau Ke Penjara
|
Cubaan menyeludup tembakau ke dalam Penjara Sungai Udang, Melaka…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!