Ustaz Azhar Idrus lancar produk kopi sendiri

KUALA TERENGGANU – Penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) sekali lagi mencuri perhatian apabila melancarkan produk kopi jenamanya sendiri yang dinamakan UAI COFFEE baru-baru ini.

Pelancaran rasmi produk tersebut berlangsung pada 17 Oktober lalu dan diumumkan menerusi akaun TikTok rasmi Ustaz Azhar Idrus.

“Alhamdulillah, satu lagi usaha kecil untuk manfaat bersama,” tulisnya di kapsyen video pelancaran berkenaan.

Produk kopi itu dilihat mendapat sambutan positif daripada para pengikut dan peminatnya. Ramai dalam kalangan pengguna media sosial berkongsi pengalaman mencuba kopi tersebut dan memuji rasanya yang lembut serta tidak terlalu pahit.

Antara komen yang ditinggalkan:

  • “Serius sedap... smooth, rasa lembut tak tajam... lebih penting pakai stevia bukan gula putih.”
  • “Ustaz buka kedai kopi la”
  • “Jom guys support produk Muslim.”

Ustaz Azhar, 61, yang berasal dari Terengganu, sememangnya terkenal dengan gaya penyampaian ceramah yang santai dan bersahaja, menjadikan beliau antara tokoh agama paling berpengaruh di Malaysia.


Pelancaran UAI Coffee turut menandakan langkah baharu beliau dalam bidang keusahawanan dengan matlamat menggalakkan masyarakat menyokong produk Muslim tempatan.



#KelantanDaily

TERKINI

Polis Nafi Tak Ambil Tindakan Kes Lelaki Dipukul Ramai-Ramai Di Wakaf Bharu
|
Tular di media sosial dakwaan kononnya pihak polis tidak…
Bomba Kelantan Rekod 1,509 Kes Kebakaran Terbuka Sejak Mac, Bachok Tertinggi
|
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan merekodkan peningkatan…
Kelantan Sasar Pasaran China & Singapura, Rangka Promosi Pelancongan Lebih Efektif
|
Kerajaan Negeri Kelantan kini merangka pendekatan promosi pelancongan yang…
Bengkel Kereta Di Jalan Long Yunus Kota Bharu Terbakar, Lima Kenderaan Hangus
|
Sebuah bengkel kereta di Jalan Long Yunus, Kota Bharu…
Pengeluaran Dron Serangan Iran Meningkat 10 Kali Ganda Sejak Perang
|
Kadar pengeluaran dron serangan Iran dilaporkan meningkat sehingga 10…
YIK Lahirkan 5,720 Huffaz, 432 Graduan Tahfiz Dirai Dalam Majlis Graduasi Kali Ke-16
|
Yayasan Islam Kelantan (YIK) berjaya melahirkan seramai 5,720 huffaz…
Jawatan Kosong Kelantan