Gajah liar serang dua kali, mandur balak maut di Gua Musang

GUA MUSANG – Seorang mandur balak maut dipercayai diserang gajah liar di kawasan rumah kongsi tapak pembalakan Felda Aring 8, di sini, semalam.

Menurut laporan Berita Harian, Mangsa, Saidi Jahari, 43, ditemukan tidak bernyawa di jalan keluar kawasan kongsi dengan kesan kecederaan parah dan dipercayai dipijak gajah liar.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 8.15 pagi semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati ketika kejadian, enam pekerja pembalakan sedang tidur di dalam rumah kongsi sebelum terdengar bunyi bising di luar.

“Sebelum kejadian mereka terhidu bau gajah yang kuat dan mendengar bunyi bising di luar khemah sebelum menyedari sekawan gajah liar menghampiri kawasan terbabit.

“Kesemua pekerja bertindak melarikan diri ke kawasan hutan untuk menyelamatkan diri. Namun seorang mangsa lelaki warga tempatan tidak sempat melarikan diri dan ditangkap oleh seekor gajah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, beberapa jam kemudian kumpulan pekerja yang melarikan diri kembali ke rumah kongsi dan mendapati mangsa masih hidup, namun cedera parah di kedua-dua kaki.

“Mereka membawa mangsa masuk ke rumah kongsi untuk berlindung, namun tidak lama kemudian seekor gajah dipercayai ketua kawanan kembali menyerang kawasan itu.

“Kesemua mereka sekali lagi melarikan diri ke dalam hutan dan meninggalkan mangsa di lokasi. Selepas keadaan kembali tenang, pekerja kembali ke rumah kongsi dan mendapati mangsa sudah tiada,” katanya.

Beliau berkata, hasil pencarian di kawasan berhampiran menemui mayat mangsa dengan kesan kecederaan parah pada badan dipercayai akibat dipijak gajah.

Mayat dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat, manakala Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) kini menjalankan usaha mengesan serta mengawal pergerakan kawanan gajah berkenaan.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) kerana tiada unsur jenayah ditemui.



“Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menghormati privasi keluarga mangsa,” katanya.

#KelantanDaily
Sumber: Berita Harian

TERKINI

Stadium Baharu Kelantan Di Bukit Merbau Kini Mula Menampakkan Rupa
|
Perkembangan terkini pembinaan Stadium Bukit Merbau di Pasir Puteh…
KelSDeaf Perlukan RM100,000 Untuk Jayakan Kejohanan Futsal Orang Pekak Malaysia Di Kelantan
|
Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Kelantan (KelSDeaf) memerlukan RM100,000…
Pusat Latihan Kelantan Red Warrior FC Guna Rumput Jenis Zoysia
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) dilihat semakin serius…
Negara Diancam “Melayu Phobia”, Perlu Akta Khusus Lindungi Asal Usul Melayu
|
Kerajaan digesa menggubal satu akta khusus yang memperuntukkan bahawa…
[VIDEO] Pelancong Indonesia Tertarik Penggunaan Tulisan Jawi Di Kelantan
|
Sejak penerbangan terus Jakarta-Kota Bharu dibuka pada 16 Jun…
Kereta Bawa 200,000 Batang Rokok Seludup Terbabas Dalam Tali Air Di Tumpat
|
Cubaan seorang penyeludup meloloskan diri daripada ditahan Pasukan Gerakan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!