‘Abang Jepun’ terima anugerah rakan alam sekitar

KOTA BHARU – Anak jati Kota Bharu yang terkenal dengan sifat cintakan kebersihan, Nik Ahmad Kaysfi, atau lebih mesra disapa Kay, menerima Penghargaan Khas Rakan Alam Sekitar (Kluster Komuniti) sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2025 yang berlangsung di sebuah hotel di sini, semalam.

Beliau bukan sahaja aktif dalam aktiviti kebersihan, malah dikenali kerana fasih berbahasa Jepun dan sering memakai kostum tradisional Jepun ketika mengutip sampah, menjadikan usaha sukarelawannya menarik perhatian masyarakat.

Kay turut menggunakan platform digital bagi menyemai kesedaran awam tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Usaha konsisten beliau di sekitar Kota Bharu dan kawasan tumpuan awam lain di Kelantan turut menarik perhatian Kerajaan Negeri Kelantan.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan, YB Hilmi Abdullah, menyampaikan ucapan tahniah dan mengiktiraf usaha Kay sebagai teladan yang patut dicontohi oleh golongan muda.

“Kerajaan Negeri amat menghargai kesungguhan yang ditunjukkan oleh saudara Kaysfi dalam mendidik masyarakat melalui pendekatan kreatif dan positif di media sosial.

“Usaha beliau mengadakan kempen kebersihan secara berterusan termasuk melalui platform live ketika mengutip sampah di sekitar Kota Bharu adalah contoh terbaik aktivisme anak muda masa kini,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial rasminya, hari ini.

Tambah beliau, tindakan Kay yang menegur masyarakat secara berhemah telah berjaya menarik minat lebih ramai rakyat Kelantan untuk mencontohi amalan menjaga kebersihan.

“Lebih menarik, aktiviti sukarelawan beliau bukan sekadar membersihkan kawasan fizikal, tetapi turut menyemai semangat tanggungjawab terhadap kebersihan awam dalam kalangan masyarakat,” katanya.

YB Hilmi turut menyeru lebih ramai anak muda tampil sebagai ejen perubahan dengan menghasilkan kandungan media sosial yang menyeru ke arah kebaikan dan penjagaan alam sekitar.



“Marilah kita bersama-sama melipat gandakan usaha menjaga kehijauan dan kelestarian alam sekitar ke arah menjadikan Kelantan sebagai negeri yang Bersih, Indah dan Ceria, selaras dengan moto Kelantan Maju, Rakyat Sejahtera,” ujarnya.

#KelantanDaily
Sumber: Media Point

TERKINI

Uganda Dakwa Sedia Gerakkan 500,000 Tentera Untuk Tawan Iran
|
Ketua tentera Uganda, Jeneral Muhoozi Kainerugaba mencetuskan perhatian antarabangsa…
PGA Rampas 8,000 Pil Yaba Bernilai RM80,000 Di Kebun Sawit Pasir Mas
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas sebanyak 8,000 biji…
Empat Bom Ikan Ditemukan Berhampiran Sempadan Tanah Merah Dimusnahkan
|
Empat objek disyaki bom ikan yang ditemukan berhampiran kawasan…
Iran Bawa Potret Dan Beg Sekolah 165 Murid Terbunuh Terbang Ke Pakistan
|
Tular di media sosial satu hantaran memaparkan ketua delegasi…
Pemilik Restoran Nasi Ulam Cikgu Meninggal Dunia Selepas Rebah Ketika Solat Isyak
|
Pemilik perniagaan terkenal Restoran Nasi Ulam Cikgu di Kampung…
Masih Ada “Buat Darat” Berkumpul Di LTSIP, 16 Kenderaan Disita, 171 Saman Dikeluarkan
|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan bersama Jabatan Siasatan dan…
Jawatan Kosong Kelantan