173 lori bantuan masuki Gaza hari pertama gencatan senjata

ISTANBUL, 13 Okt – Sebanyak 173 lori bantuan kemanusiaan dilaporkan memasuki Semenanjung Gaza pada Ahad di bawah perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan Israel, menurut Pejabat Media Kerajaan Palestin.

“Kami mengesahkan sebanyak 173 lori bantuan kemanusiaan memasuki Semenanjung Gaza pada 12 Oktober melalui lintasan sempadan, menandakan hari pertama selepas perjanjian gencatan senjata,”
menurut kenyataan pada Isnin yang dilaporkan oleh Agensi Anadolu (AA).

Kenyataan itu turut memaklumkan tiga lori gas memasak dan enam lori bahan api diesel dibenarkan masuk bagi membantu operasi kedai roti, penjana elektrik dan hospital, di tengah-tengah kekurangan bekalan asas yang teruk.

Bagaimanapun, pejabat media itu menjelaskan bahawa jumlah bantuan yang diterima masih jauh daripada mencukupi bagi memenuhi keperluan asas penduduk Gaza.

“Malah keperluan asas kemanusiaan dan kehidupan bagi lebih 2.4 juta penduduk belum dapat dipenuhi sepenuhnya,” katanya.

Pihak berkuasa Palestin turut mengulangi keperluan mendesak untuk penghantaran bantuan yang lebih besar, berterusan dan teratur — termasuk bahan api, gas memasak, bekalan perubatan serta bantuan kecemasan lain.

Israel mengenakan sekatan terhadap Gaza yang dihuni hampir 2.4 juta penduduk selama hampir 18 tahun, dan mengetatkan lagi kepungan sejak Mac lalu apabila lintasan sempadan ditutup serta penghantaran makanan dan ubat-ubatan disekat, menyebabkan wilayah itu berdepan krisis kemanusiaan kritikal.

Kemasukan lori bantuan ini berlaku selepas fasa pertama gencatan senjata Gaza dikuatkuasakan pada Jumaat di bawah pelan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, bagi menamatkan serangan dua tahun Israel ke atas wilayah itu.



Sejak Oktober 2023, serangan Israel dilaporkan meragut lebih 67,800 nyawa rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menjadikan Gaza hampir tidak lagi boleh didiami.

#KelantanDaily
Sumber: Berita Harian

TERKINI

Lebuh Raya KBKK Capai 71.4 Peratus Siap, Dijangka Beroperasi Sepenuhnya 2027
|
Projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) kini…
Murid SJKC Di Kota Bharu Cipta Kejutan Muncul Johan Tilawah Al-Quran
|
Ramai mungkin tidak menyangka seorang murid dari Sekolah Jenis…
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Pulai Berusia Lebih 200 Tahun Ketika Ribut
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dihempap sebatang…
Thailand Rampas 750 Liter Petrol Malaysia Disyaki Baru Diseludup Di Sungai Golok
|
Pihak berkuasa Thailand terus memperketat kawalan di sempadan apabila…
MPKB-BRI Tolak Rayuan, Penganjur Disko Retro Kekal Kena Kompaun RM30,000
|
Penganjur majlis disko retro bertemakan hippie ala 60-an dan…
Lombong Haram Di Gua Musang Diserbu, Tujuh Jentera Bernilai RM4 Juta Disita
|
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan menyita tujuh jentera…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!