Tanah Merah jadi tuan rumah Hari Kesihatan Mental Sedunia 2025

TANAH MERAH – Daerah ini bakal mencatat sejarah apabila dipilih sebagai tuan rumah Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2025, yang turut digabungkan dengan Promosi Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) pada Oktober depan.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdullah, berkata pemilihan Tanah Merah sebagai lokasi sambutan membawa mesej jelas bahawa kesedaran kesihatan mental dan amalan gaya hidup sihat perlu diperluas hingga ke komuniti luar bandar.

Kesihatan mental adalah asas kebahagiaan, ketahanan diri dan kepuasan hidup. Melalui sambutan ini, pelbagai acara di bawah ANMS dan Kelantan Sihat akan melibatkan masyarakat pelbagai lapisan, selaras dengan usaha meningkatkan kesedaran terhadap gaya hidup sihat,” katanya menerusi hantaran di media sosial semalam.

Beliau menambah, program berkenaan dijangka meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap isu kesihatan mental sekali gus menyokong usaha pencegahan serta rawatan menyeluruh bagi penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes, hipertensi, obesiti dan sakit jantung.

“Melalui program dan kempen kesedaran berterusan, kita berharap dapat melahirkan rakyat yang sihat, produktif dan berkualiti menjelang 2030,” katanya.

Terdahulu, Hilmi menerima kunjungan hormat daripada Pegawai Kesihatan Daerah Tanah Merah bagi membincangkan persediaan penganjuran acara berkenaan.

Untuk rekod, Hari Kesihatan Mental Sedunia (World Mental Health Day) disambut pada 10 Oktober setiap tahun sejak diperkenalkan oleh World Federation for Mental Health pada 1992, dan di Malaysia ia diangkat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai platform rasmi meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan kesihatan mental.

#KelantanDaily
Sumber: Media Point

TERKINI

10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Jawatan Kosong Kelantan