Jantung Ammar terhenti 14 minit, keluarga minta doa orang ramai

KOTA BHARU – Keluarga kanak-kanak lelaki yang cedera parah akibat dipukul dengan tukul berdepan detik sukar apabila mangsa masih berada dalam keadaan kritikal selepas enam hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Ibu mangsa, Nur Ayuni Mohd Kamaruzaman, 29, berkata keluarga dimaklumkan jantung anaknya, Muhammad Ammar Muhammad Badrul, 7, terhenti seketika pada jam 9.30 pagi tadi.

“Setakat ini doktor berusaha menyelamatkan Ammar yang mengalami kecederaan serius di bahagian kepala,” katanya.

Bapa mangsa, Muhammad Badrul, pula memohon orang ramai menunaikan solat hajat dan mendoakan kesembuhan anak sulungnya yang mesra dipanggil Abe.

Katanya, beliau hilang kata-kata selepas dimaklumkan jantung anaknya terhenti selama 14 minit pagi tadi.

“Saya tak boleh nak bercakap sekarang, fikiran saya tidak tahu ke mana dah,” katanya ringkas ketika dihubungi.

Dalam kejadian Khamis lalu, Muhammad Ammar menerima lebih 50 jahitan selepas dipukul dengan tukul oleh bapa saudaranya berusia 46 tahun di sebuah rumah kedai di Pasar Jelawat.

Mangsa mengalami retakan pada beberapa bahagian tempurung kepala, otak bengkak serta luka akibat serangan tersebut.

Sementara itu, suspek ditemui meninggal dunia selepas menggantung diri di Pantai Melawi, kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.

#KelantanDaily
Sumber: Berita Harian

TERKINI

Seakan Pertubuhan Rasmi, Pelarian Rohingya Lantik Ketua Setiap Daerah Di Kelantan
|
Tular di media sosial mengenai kewujudan sebuah laman yang…
Bekal Air Ketum Kepada Nelayan, Dua Lelaki Ditahan Di Tok Bali
|
Kegiatan membekalkan air ketum kepada nelayan dan awak-awak kapal…
Warga Emas Ditahan Bawa 800kg Beras Seludup Dari Thailand Di Tanah Merah
|
Cubaan seorang lelaki warga emas untuk meloloskan diri daripada…
Ronaldo Pemain Pertama Jaring Gol Dalam Enam Piala Dunia
|
Cristiano Ronaldo terus mengukuhkan statusnya sebagai antara pemain terhebat…
Israel Dijangka Berperang Dengan Mesir Dalam Tempoh 15 Tahun
|
Seorang aktivis Zionis terkemuka meramalkan Israel berkemungkinan berdepan peperangan…
Tanah Diusahakan 20 Tahun Disita, Peneroka Gua Musang Tuntut Siasatan
|
Peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Chalil, Gua…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!