Gaji umi RM600, yuran pula RM1,000: Atlet Sukma Kelantan hampir tolak tawaran ke UMK

BACHOK – Seorang atlet berbasikal Kelantan, Zikrulaikha Alya Binti Abdul Rahim, 20, tidak menyangka dirinya kini bergelar mahasiswi di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Bachok.

Zikrulaikha Alya atau lebih mesra dipanggil Alya pada awalnya terpaksa menolak tawaran ke UMK kerana kekangan kewangan. Namun, dengan doa ibunya, Puan Ramlah Che Ahmad, 58, seorang ibu tunggal, impian untuk melanjutkan pengajian akhirnya tercapai.

Beliau ditawarkan mengikuti Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif di Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) untuk sesi akademik 2025/2026 yang bermula Ahad ini.

Lebih istimewa, surat tawaran pengajian itu disampaikan sendiri oleh Naib Canselor UMK, Prof. Ir. Ts. Dr. Arham Abdullah di kediaman keluarga Alya di Kampung Kandis, Bachok.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa (YPS), Encik Hirman Awang yang menyerahkan Bantuan Awal Pendidikan berjumlah RM1,000 bagi meringankan beban kewangan keluarga.

Menurut Prof. Arham, UMK melalui Bahagian Kebajikan dan Tatatertib Pelajar (BKTP) menyediakan pelbagai bantuan termasuk pengecualian yuran semester pertama, komputer riba dan kit makanan menerusi program UMK Cakna.

“Selain itu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) juga menyediakan Program Pembangunan Siswa SULUNG dan bantuan awal pengajian melalui YPS,” katanya.

Zikrulaikha Alya yang merupakan atlet berbasikal dibawah Majlis Sukan Negeri Kelantan (MSN) akan mewakili Kelantan di Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Selangor. Beliau sangat bersyukur apabila dapat melanjutkan pengajian bersama rakan-rakannya di UMK Bachok.

“Pada awalnya saya terpaksa menolak tawaran kerana faktor kewangan. Umi hanya berpendapatan RM600 sebulan sebagai tukang cuci dan masih perlu menyara abang saya di universiti.

“Namun, dengan peluang dan bantuan yang diberikan, saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh. Alhamdulillah, saya terima tawaran ini dan berterima kasih kepada UMK serta KPT kerana memudahkan urusan pendaftaran minggu depan,” katanya.

Turut hadir pada program penyerahan itu ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMK, Prof. Dr. Mohammad Ismail, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Huzili Hussin, Pengarah Pusat Islam UMK, Dr. Mohd Rushdan Yasoa’, Ketua BKTP, Encik Mohd Adli Ismail serta Naib Yang Dipertua MPP UMK, Muzaifah Zulkifli.

#KelantanDaily
Sumber: UMK

TERKINI

Terima Upah RM70, Dua Lelaki Ditahan Bersama 13 Lembu Seludup Dari Thailand
|
Dua lelaki yang didakwa menerima upah RM70 untuk menghantar…
Rezeki Haji Sekeluarga, Isteri Simpan Hasil Toreh Getah Suami Jual Lembu Demi Ke Tanah Suci
|
Rezeki menunaikan haji tahun ini benar-benar menjadi kenangan paling…
Kutipan Zakat MAIK 2025 Cecah RM354.6 Juta, Tertinggi Dalam Sejarah Kelantan
|
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)…
Abang Ipar Upah RM15 Satu “Trip” Seludup Petrol Ke Thailand
|
Taktik licik penyeludup yang membuat pembelian petrol secara berulang…
Dua Remaja Perempuan Mengaku Jadi Pengintip Tekong Darat Seludup PATI
|
Dua remaja perempuan dipercayai berperanan sebagai pengintip kepada tekong…
1,000 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Sandakan, PM Arah Bantuan Segera
|
Kebakaran besar di perkampungan atas air Kampung Bahagia, Sandakan…
Jawatan Kosong Kelantan