KRW FC lancar media sosial baharu, bebas dari pemilikan lama

KOTA BHARU – Kelantan Red Warriors (KRW FC) hari ini melancarkan saluran media sosial rasmi baharu selepas berdepan isu akaun lama kelab yang sepatutnya diserahkan kepada pemilik baharu namun tidak dibuat oleh pihak tertentu.

Langkah pelancaran media sosial tersebut diambil bagi memastikan kelab dapat berhubung secara terus dan lebih telus dengan penyokong tanpa campur tangan pihak luar.

Sebelum ini CEO KRW FC, Wan Mohd Fajarul dalam satu kenyataan mengatakan individu yang pernah terlibat dalam era pemilikan lama kelab ketika zaman Zamsaham didakwa menggodam akaun media sosial KRW.

Sehubungan itu, pengurusan baharu KRW mengambil keputusan untuk membina semula saluran rasmi yang kini menjadi satu-satunya platform komunikasi sah dengan penyokong.

Pihak pengurusan turut menyeru semua penyokong mengikuti akaun media sosial baharu KRW FC sebagai saluran rasmi untuk perkembangan terkini kelab.

Penyokong boleh mengikuti perkembangan semasa di halaman facebook rasmi disini: >Kelantan Red Warrior FC<

#KelantanDaily

TERKINI

Sultan Muhammad V Berangkat Santuni Mangsa Kebakaran Gok Kapur
|
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli melawat…
Pengasas Elrah Bagi Bayangan Bakal Jadi Penaja KRWFC
|
[DIKEMASKINI] Satu hantaran dimuat naik usahawan terkenal Kelantan, Muhd…
Mimpi Anak Jadi Kenyataan, Pendulang Emas Ditemui Maut Di Sungai Ulu Galas Gua Musang
|
Seorang pendulang emas ditemukan maut di Sungai Ulu Galas,…
[VIDEO] Pesara 67 Tahun Di Johor Direman Enam Hari, Disyaki Rogol Cucu 13 Tahun
|
Seorang pesara lelaki berusia 67 tahun direman selama enam…
Ambulans Kemalangan Di Besut, Pesakit Remaja Cedera Parah
|
Seorang pesakit lelaki berusia 16 tahun mengalami kecederaan parah…
Irfan Bakti Kekal Bimbing Kelantan Red Warrior FC Bagi Musim 2026/27
|
Kelantan Red Warrior FC (KRWFC) mengumumkan Irfan Bakti Abu…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!