Wanita luar negara cari keluarga angkat di Kelantan selepas 54 Tahun

KOTA BHARU – Seorang wanita luar negara menggunakan media sosial untuk mencari semula keluarga angkatnya di Kota Bharu, Kelantan yang pernah menjaganya ketika kecil pada awal 1970-an.

Pengguna Facebook bernama Leone Crossfield berkongsi sekeping foto lama bertarikh 1971 di dalam kumpulan Kota Bharu (KB) pada Jumaat lalu, sambil meminta maklumat mengenai pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Wok dan Daud.

Dalam gambar yang dikongsikan, Leone kelihatan berdiri di sebelah Wok dan menyifatkan wanita itu menjaga dan melayannya seperti seorang bayi.

Menurut Leone, beliau tinggal di Malaysia bersama keluarganya antara tahun 1961 hingga 1971 kerana ibu bapanya bertugas sebagai guru. Sepanjang tempoh itu, beliau dijaga dengan penuh kasih sayang oleh pasangan berkenaan yang tinggal di sebuah kampung berhampiran Jalan Kuala Krai, ketika kawasan tersebut masih dikelilingi sawah padi.

“Saya sering kembali ke Malaysia, tetapi masih tidak dapat menemui wanita baik ini yang menjaga saya ketika kecil. Saya tidak ingat nama anak lelaki mereka (didalam gambar). Permintaan ini juga dibuat kerana ibu saya yang kini sedang sakit bertanya mengenai keluarga tersebut,” tambah Leone dalam ruangan komen hantaran tersebut.

Beliau berharap ada penduduk tempatan yang masih mengenali atau mempunyai maklumat mengenai pasangan Wok dan Daud serta keluarga mereka.

Hantaran itu telah menarik perhatian warga maya di Kelantan yang meninggalkan pelbagai komen, ada antaranya berjanji untuk membantu menjejak maklumat berkenaan.

#KelantanDaily

TERKINI

Penemuan Mayat Wanita Tertiarap Dengan Kesan Tikaman Di Atas Jalan Di Ketereh
|
Penduduk sekitar Ketereh dikejutkan dengan penemuan mayat seorang wanita…
10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Jawatan Kosong Kelantan