Polis Johor tumpaskan sindiket pedofilia – Jadikan bayi sebagai bahan video lucah

JOHOR BAHRU – Polis berjaya menumpaskan sindiket pedofilia selepas menahan seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun yang bekerja sebagai juruteknik di bandar raya ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, penahanan itu dibuat selepas polis menemui puluhan rakaman video dan ratusan gambar penganiayaan seksual kanak-kanak dalam telefon bimbit suspek.

“Susulan itu, satu operasi khas dijalankan bermula 19 Julai hingga 19 Ogos lalu bersama Unit Malaysia Internet Crime Against Children (MICAC), Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, dengan kerjasama antarabangsa.

“Hasil risikan dan siasatan membawa kepada beberapa siri serbuan di Johor Bahru, Selangor dan Pulau Pinang yang berjaya menahan 10 individu lain terdiri daripada warga tempatan, Indonesia, Myanmar dan Filipina, berusia antara 25 hingga 60 tahun.

“Polis turut menyelamatkan tiga kanak-kanak perempuan dan dua bayi lelaki berusia antara dua bulan hingga lima tahun, yang dipercayai berada dalam kawalan suspek utama untuk dijadikan bahan bagi penghasilan video penganiayaan seksual kanak-kanak.

“Turut dirampas ialah sijil kelahiran, kad pengenalan, buku rekod kehamilan serta borang kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari rumah suspek,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini pada Jumaat.

Menurut Kumar, siasatan mendapati suspek mendapatkan bayi melalui iklan di Facebook yang menawarkan anak angkat dengan bayaran antara RM1,500 hingga RM3,500, selain menanggung kos bersalin ibu kandung.

“Suspek kemudian akan menguruskan dokumen di JPN bersama ibu kandung untuk mendapatkan sijil kelahiran yang sah sebelum memutuskan hubungan dengan ibu berkenaan.

“Bayi dan kanak-kanak tersebut kemudiannya digunakan untuk menghasilkan bahan penderaan seksual kanak-kanak yang disebarkan melalui aplikasi Telegram dan laman gelap (dark web) bagi mendapatkan ganjaran wang serta pertukaran bahan.

“Selain itu, suspek turut melakukan rogol, liwat, amang seksual fizikal serta penderaan seksual terhadap kanak-kanak bagi memenuhi nafsu sebelum merakam perbuatan tersebut,” katanya.

Beliau berkata, suspek juga menjalankan modus operandi dengan mencari kanak-kanak perempuan di kawasan kejiranan secara rambang.

“Kanak-kanak perempuan yang tinggal berseorangan di rumah tanpa jagaan atau pengawasan orang dewasa menjadi sasaran suspek.

“Suspek kemudiannya akan memaksa mangsa melakukan amang seksual fizikal serta merakam perbuatan menggunakan telefon bimbit.

“Seramai tiga kanak-kanak perempuan berusia lima hingga tujuh tahun yang menjadi mangsa suspek telah dikesan dan dikenal pasti,” katanya.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 5, Seksyen 14(a) dan Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Polis menegaskan bahawa kegiatan pedofilia kini semakin membimbangkan kerana pelaku berselindung di sebalik tawaran anak angkat, dan menasihatkan ibu bapa agar lebih peka terhadap keselamatan anak-anak. –SinarHarian #KelantanDaily

TERKINI

10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Jawatan Kosong Kelantan