3,000 pesawah Kelantan risau hasil padi musim ini susut 80%

KOTA BHARU – Lebih 3,000 pesawah di Kelantan meluahkan kebimbangan apabila hasil padi yang diusahakan dijangka merosot sehingga 80 peratus semasa proses menuai bulan depan, susulan bekalan air yang tidak mencukupi.

Pengerusi Persatuan Pesawah Kelantan (Pesak), Zuha Ismail berkata, kekurangan air memberi kesan langsung kepada proses menabur benih yang bermula pada bulan Jun dan Julai lalu.

“Bekalan air sangat penting semasa proses menabur. Malangnya, bekalan air dari rumah pam Kemubu tidak dapat disalurkan ke sawah dalam tempoh tertentu,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Menurut Zuha, keadaan ini menyebabkan rumput tumbuh lebih subur berbanding padi di kawasan sawah.

Antara kawasan yang terjejas termasuk Kota Bharu Utara, Kota Bharu Selatan, Pasir Puteh, Bachok, Tumpat serta sebahagian di Pasir Mas.

Beliau turut menegaskan, pesawah sudah mengalami kerugian selama empat musim berturut-turut.

“Jika masalah bekalan air masih tidak diselesaikan, kemungkinan pesawah tidak akan menanam padi untuk musim depan, melainkan isu ini ditangani oleh KADA (Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu). Situasi sawah kini lebih menyerupai kawasan ditanam rumput kerana rumput lebih banyak daripada padi,” katanya.

#KelantanDaily
Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Johor Rasmi Bubar DUN, PRN Ke-16 Bakal Diadakan
|
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 rasmi dibubarkan berkuat…
Cucu Arwah Tok Guru Nik Aziz Dakwa Ditampar Senator
|
Cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul…
Annuar Musa Dedah Punca Undur Diri Dari KTRW, Bakal Terajui Kelantan City
|
Bekas Presiden Kehormat Kelantan The Real Warriors, Tan Sri…
Kelantan Berpotensi Jadi Hab Tenaga Hijau Negara
|
Kelantan dilihat mempunyai potensi geografi dan cuaca yang besar…
Mufti Kelantan Sifatkan Sambutan Hari Jadi Bertema Bunian Sebagai Kufur Nikmat
|
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan sambutan hari…
13 Warga Myanmar Ditahan Di Jeli, Bayar RM3,500 Kepada Ejen Untuk Masuk Malaysia
|
Seramai 13 warga Myanmar termasuk dua kanak-kanak lelaki ditahan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!