Polis Kelantan Buru Dua Lelaki Disyaki Dalang Kes Culik Berkait Hutang

Polis Kelantan sedang mengesan dua lelaki dipercayai dalang utama dalam kes penculikan dua individu berkaitan hutang berjumlah RM33,000 yang mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan dadah.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kedua-dua suspek kini dipercayai berada di negara jiran dan usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan.

Dua Suspek Dikenal Pasti, Ada Rekod Jenayah

Menurut beliau, dua lelaki terbabit dikenali sebagai Hamzah Muhamad, 40, dan Mohamad Syamsul Azroy Che Anuar @ Mamat, 32.

“Kita telah mengeluarkan status orang dikehendaki terhadap kedua-dua suspek dan turut mendapatkan bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) serta pihak berkuasa Thailand,” katanya pada sidang media di IPK Kelantan.

Beliau berkata, semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai 10 rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan narkotik.

Mangsa Dipercayai Dijadikan Cagaran Hutang

Mohd Yusoff berkata, kes terbongkar selepas pihak polis menerima laporan daripada isteri salah seorang mangsa pada 6 Jun lalu yang mendakwa suaminya dilarikan dari rumah oleh beberapa individu.

Mangsa pertama merupakan pemilik bengkel berusia 51 tahun dari Tumpat yang mempunyai 24 rekod lampau, manakala seorang lagi mangsa ialah buruh berusia 35 tahun dari Pasir Mas.

Dibawa Masuk Ke Thailand Sebelum Ditemui Selamat

Menurut beliau, kedua-dua mangsa dipercayai dibawa masuk ke Thailand melalui pangkalan haram sebelum ditemui semula dalam keadaan selamat di Mundok pada 8 Jun lalu.

“Kedua-duanya ditemui ditinggalkan di tepi jalan sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia,” katanya.

Kereta Dibakar, Beberapa Individu Ditahan

Dalam perkembangan sama, polis turut mendedahkan salah seorang suspek bertindak membakar sebuah Perodua Myvi bagi menghapuskan bukti di Gelang Mas, Pasir Mas.

Sehubungan itu, lima individu termasuk penghutang dan teman wanitanya telah ditahan dan direman sehingga 22 Jun bagi membantu siasatan.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Tiada Lagi Caj RM1 Pengeluaran ATM Antara Bank Bermula 1 Julai
|
Pelanggan semua bank di Malaysia tidak lagi dikenakan caj…
Pelajar 17 Tahun Mengaku Ajak Ibu Kandung Buat Aksi Tak Senonoh Selepas Tonton Video Lucah
|
Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun mengaku bersalah di…
Polis Kelantan Buru Dua Lelaki Disyaki Dalang Kes Culik Berkait Hutang
|
Polis Kelantan sedang mengesan dua lelaki dipercayai dalang utama…
Suami Isteri Warga Emas Maut, Motosikal Bertembung Kereta Di Pasir Puteh
|
Perjalanan sepasang suami isteri warga emas berakhir tragedi apabila…
Lebih 13,000 Etnik Rohingya Dikenal Pasti Berada Di Kelantan
|
Polis Kelantan mengesahkan terdapat dalam kalangan etnik Rohingya yang…
Polis Kelantan Dedah Hampir Setiap Hari Etnik Rohingya Cuba Masuk Malaysia
|
Polis Kelantan mendedahkan etnik Rohingya dan warga Myanmar dikesan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!