Tiga Sekawan Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja 13 Tahun Di Kuala Krai

Tiga sekawan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun di Kuala Krai pada hujung bulan lalu.

Tertuduh terdiri daripada seorang remaja lelaki berusia 18 tahun, Mohamad Aiman Firdaus Nazri, 24, dan Muhammad Hakimi Razlan, 23.

Ketiga-tiga mereka membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun 11 bulan ketika kejadian.

Remaja berusia 18 tahun itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di kawasan semak di tepi jalan sebuah kampung di Manek Urai, Kuala Krai pada jam 10.30 malam, 27 Mei 2026.

Sementara itu, Mohamad Aiman dan Muhammad Hakimi pula didakwa melakukan perbuatan sama di sebuah rumah terbengkalai di sebuah kampung di Laloh, Kuala Krai pada jam 1 pagi dan 1.30 pagi, 28 Mei 2026.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Turut Berdepan Pertuduhan Tambahan

Selain pertuduhan rogol, Mohamad Aiman dan Muhammad Hakimi turut didakwa melakukan kontak fizikal terhadap mangsa yang sama di lokasi, masa dan tarikh yang sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Kamilah Che Ibrahim.

Remaja berusia 18 tahun itu diwakili peguam Muhammad Yusoff Abdullah manakala Mohamad Aiman dan Muhammad Hakimi diwakili peguam Muhammad Izzat Hasizan.

Mahkamah Benarkan Jaminan

Terdahulu, pihak pendakwaan tidak mencadangkan jaminan terhadap ketiga-tiga tertuduh.

Bagaimanapun, peguam bagi tertuduh berusia 18 tahun memohon jaminan minimum dengan alasan anak guamnya baru sahaja menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) beberapa bulan lalu.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh berusia 18 tahun diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Selain itu, mahkamah turut mengenakan syarat tambahan supaya dia tidak mengganggu mangsa dan saksi serta perlu melapor diri setiap bulan di balai polis berhampiran.

Mohamad Aiman dan Muhammad Hakimi pula dibenarkan diikat jamin RM12,000 setiap seorang dengan seorang penjamin serta tertakluk kepada syarat tambahan yang sama.

Mahkamah menetapkan 12 Julai depan untuk sebutan semula kes.


Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Penunggang RXZ Maut Dirempuh Selepas Proton Wira Buat Pusingan U
|
Seorang penunggang motosikal Yamaha RXZ maut selepas melanggar sebuah…
Dua Pemandu Bas Ekspres Ditahan, Sorok Syabu Belakang Tempat Duduk Pemandu
|
Dua pemandu bas ekspres ditahan polis selepas disyaki memiliki…
34,000 Akaun Pengguna Di Empat Jajahan Dijangka Alami Gangguan Bekalan Air
|
Kira-kira 34,000 akaun pengguna di empat jajahan di Kelantan…
PGA Tahan Enam Lelaki, Rampas 360 Tan Bijih Besi Di Kuala Krai
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan enam lelaki serta merampas…
“Saya Ingat Kami Semua Akan Mati” – Rumah Diserang 49 Das Mercun Di Kota Bharu
|
Detik mencemaskan dilalui lapan sekeluarga apabila rumah mereka di…
Bayi Perempuan Bertali Pusat Ditemui Ditinggalkan Di Pekarangan Masjid
|
Jemaah dan penduduk sekitar Masjid Al-Jamhuriah, Kuala Besut digemparkan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!