690 liter minyak diesel dalam Wira gagal diseludup ke Thailand

TUMPAT – Pasukan Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan minyak diesel selepas menahan sebuah kereta Proton Wira dalam keadaan mencurigakan di Kampung Jubakar Bunohan di sini, pagi Khamis.

Dalam operasi yang dijalankan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan sekitar jam 8.30 pagi itu, hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 690 liter minyak diesel disimpan dalam beberapa tong di dalam kenderaan terbabit.

Minyak berkenaan dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran Thailand.

Anggaran nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan dianggarkan berjumlah RM12,000 dan kes diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Kota Bharu untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

#KelantanDaily
Sumber: Briged Tenggara PGA

TERKINI

Polis Nafi Tak Ambil Tindakan Kes Lelaki Dipukul Ramai-Ramai Di Wakaf Bharu
|
Tular di media sosial dakwaan kononnya pihak polis tidak…
Bomba Kelantan Rekod 1,509 Kes Kebakaran Terbuka Sejak Mac, Bachok Tertinggi
|
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan merekodkan peningkatan…
Kelantan Sasar Pasaran China & Singapura, Rangka Promosi Pelancongan Lebih Efektif
|
Kerajaan Negeri Kelantan kini merangka pendekatan promosi pelancongan yang…
Bengkel Kereta Di Jalan Long Yunus Kota Bharu Terbakar, Lima Kenderaan Hangus
|
Sebuah bengkel kereta di Jalan Long Yunus, Kota Bharu…
Pengeluaran Dron Serangan Iran Meningkat 10 Kali Ganda Sejak Perang
|
Kadar pengeluaran dron serangan Iran dilaporkan meningkat sehingga 10…
YIK Lahirkan 5,720 Huffaz, 432 Graduan Tahfiz Dirai Dalam Majlis Graduasi Kali Ke-16
|
Yayasan Islam Kelantan (YIK) berjaya melahirkan seramai 5,720 huffaz…
Jawatan Kosong Kelantan