8 Pemilik Bot Dan Tekong Didakwa Miliki Lebih 19,000 Liter Diesel Tanpa Permit Di Tumpat

Lapan individu termasuk pemilik bot dan tekong didakwa di Mahkamah Sesyen Pasir Mas atas pertuduhan memiliki lebih 19,836 liter diesel tanpa permit sah di Kampung Geting, Tumpat pada 12 April lalu.

Kesemua tertuduh berusia antara 22 hingga 51 tahun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Zulkpli Abdullah.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa memiliki minyak diesel berjumlah 19,836.768 liter dalam empat vesel tanpa permit sah, yang boleh menimbulkan syak munasabah serta melanggar Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Kesalahan itu dilakukan antara jam 4.53 hingga 4.55 petang di Pengkalan Nazori, Kampung Geting, Tumpat.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukkan denda sehingga RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan antara RM4,000 hingga RM10,000 terhadap setiap tertuduh dengan seorang penjamin.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya KPDN bersama Pegawai Pendakwa, manakala semua tertuduh diwakili peguam bela.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 2 Julai depan.


Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Warga Emas Berkerusi Roda Dan Berlampin Serta Dua Anak Ditahan Positif Dadah
|
Seorang lelaki warga emas berusia 66 tahun yang berkerusi…
Hampir 300,000 Rakyat Malaysia Bercuti Di Selatan Thailand Sepanjang Cuti Aidiladha
|
Hampir 300,000 pelancong Malaysia membanjiri selatan Thailand sepanjang cuti…
Polis Sahkan Terima Laporan Kes Rogol Di Bilik Jenazah Sebuah Masjid
|
Polis mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan seorang wanita yang…
PGA Tumpas Sindiket Seludup Vape Ke Thailand, Remaja 18 Tahun Ditahan
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan rokok…
PGA Rampas 1,400 Pokok Bunga Orkid Dari Thailand Di Rantau Panjang
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang lelaki dan merampas…
9 Anggota APM Kota Bharu Bantu Pindah PesakitWanita 180kg Ke HRPZ II
|
Sembilan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Bharu…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!