Kastam Kelantan rekod rampasan dadah bernilai RM23.1 juta

KOTA BHARU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merekodkan peningkatan mendadak rampasan dadah dengan 27 kes bernilai RM21.3 juta dari Januari hingga 31 Ogos 2025, berbanding hanya 12 kes bernilai RM105,601 dalam tempoh sama tahun lalu.

Pengarah JKDM Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan kes dadah sebanyak 99.5 peratus.

“Secara keseluruhan, nilai rampasan bagi semua kes penyeludupan yang dicatatkan sepanjang tempoh berkenaan ialah RM50.2 juta melibatkan 958 kes,” katanya pada sidang media di pejabat JKDM di sini, Khamis.

Antara komoditi utama yang dirampas ialah rokok (RM2.19 juta, 133 kes), ayam beku (RM2.11 juta, 16 kes), beras (RM896,049, 169 kes) dan mercun (RM112,788, 1 kes).

Tambahnya, hasil cukai dianggarkan berjumlah RM15.8 juta daripada rampasan berkenaan, dengan kerjasama semua pihak terus menjadi kunci mengekang jenayah penyeludupan di sempadan.

#KelantanDaily
Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Myanmar Setuju Terima Semula 5,000 Pelarian Rohingya Dari Malaysia
|
Myanmar bersetuju menerima semula kira-kira 5,000 pelarian Rohingya yang…
Pukul Pengawal Peribadi dan Hina Ibadah Puasa, Ahli Perniagaan Dipenjara Lima Tahun
|
Seorang ahli perniagaan mula menjalani hukuman penjara lima tahun…
Penunggang RXZ Maut Dirempuh Selepas Proton Wira Buat Pusingan U
|
Seorang penunggang motosikal Yamaha RXZ maut selepas melanggar sebuah…
Dua Pemandu Bas Ekspres Ditahan, Sorok Syabu Belakang Tempat Duduk Pemandu
|
Dua pemandu bas ekspres ditahan polis selepas disyaki memiliki…
34,000 Akaun Pengguna Di Empat Jajahan Dijangka Alami Gangguan Bekalan Air
|
Kira-kira 34,000 akaun pengguna di empat jajahan di Kelantan…
PGA Tahan Enam Lelaki, Rampas 360 Tan Bijih Besi Di Kuala Krai
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan enam lelaki serta merampas…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!