Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra terus mencatat peningkatan pergerakan penumpang selepas kerja pembesaran apabila merekodkan 562,081 pergerakan antara Januari hingga April tahun ini.

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 3.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Menurut MAHB, KBR sahaja merekodkan 131,099 pergerakan penumpang pada April lalu sekali gus menggambarkan kejayaan projek pembesaran dan penambahbaikan operasi lapangan terbang berkenaan.

Penumpang Antarabangsa Turut Meningkat

MAHB berkata, pergerakan penumpang antarabangsa turut menunjukkan peningkatan positif apabila mencatatkan 4,562 penumpang bagi tempoh empat bulan pertama 2026.

“Jumlah trafik antarabangsa bulanan meningkat kepada 1,381 penumpang pada April berbanding 873 penumpang pada Januari,” menurut kenyataan itu.

Ketika ini, KBR menyediakan laluan antarabangsa ke Singapura menerusi Scoot manakala laluan baharu ke Jakarta dijangka mula beroperasi menjelang Jun ini melalui AirAsia.

Kemudahan Lebih Selesa

Menurut MAHB, pembesaran lapangan terbang itu meningkatkan kapasiti pengendalian penumpang selain memberi pengalaman perjalanan lebih lancar dan selesa kepada pengguna.

“Dengan kemudahan yang dinaik taraf dan kapasiti lebih tinggi, KBR kini berada pada kedudukan lebih baik untuk menyokong pertumbuhan trafik masa depan dan ketersambungan serantau,” katanya.

Pengarah Urusan MAHB, Mohd Izani Ghani berkata, pertumbuhan berterusan rangkaian lapangan terbang itu mencerminkan kekuatan strategi jangka panjang syarikat.

Katanya, pembangunan infrastruktur utama termasuk pembesaran KBR membantu memperkukuh jaringan lapangan terbang yang lebih berdaya tahan dan kompetitif.

KLIA Catat 22.1 Juta Penumpang

Sementara itu, MAHB memaklumkan keseluruhan rangkaian lapangan terbang tempatan merekodkan 35.5 juta pergerakan penumpang bagi tempoh Januari hingga April tahun ini, meningkat 7.4 peratus berbanding tahun lalu.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pula mengendalikan 22.1 juta penumpang dalam tempoh sama dengan peningkatan 10.9 peratus tahun ke tahun.

Namun, pergerakan penumpang pada April menurun sedikit berbanding Mac susulan lonjakan perjalanan ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri sebelum ini.


Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

|
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra terus mencatat peningkatan pergerakan…
Guru Agama Didakwa Amang Seksual Dua Kanak-Kanak Lelaki
|
Seorang guru agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret…
32 Gol Semusim, Mbarga Bagi Bayangan Kekal Bersama KRW FC
|
Pemenang kasut emas Liga A1 Semi Pro, Emmanuel Mbarga…
Jangan Sekadar Tulis Di Media Sosial, Exco Minta Aduan Air Terus Dibuat Kepada AKSB
|
Kerajaan Kelantan meminta rakyat menyalurkan aduan berkaitan bekalan air…
Makmal Bertaraf Global Dibuka, Kelantan Sasar Jadi Hab Industri REE Lengkap
|
Kelantan menyasarkan pembangunan rantaian industri unsur nadir bumi bukan…
Lelaki Dicekup Selepas Diekori 30KM, 1.2 Tan Minyak Masak Subsidi Dirampas
|
Taktik seorang lelaki membawa hampir 1.2 tan minyak masak…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!