Warga Emas Panjat Pagar 2 Meter Selamatkan Diri Dan Cucu Ketika Rumah Terbakar Di Tumpat

“Entah dari mana datangnya kekuatan itu…”

Itu luahan seorang warga emas selepas berjaya memanjat pagar automatik setinggi kira-kira dua meter bersama cucunya untuk menyelamatkan diri ketika rumah mereka terbakar di Kampung Kutan Tengah, Wakaf Bharu, Tumpat.

Baitihayah Hamzah, 71, berkata, walaupun dirinya uzur dan pernah diserang strok ringan lima tahun lalu, dia percaya kekuatan luar biasa yang dimiliki ketika kejadian adalah pertolongan daripada Allah SWT.


Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 4 pagi kelmarin (Jumaat) ketika dia tersedar selepas terdengar bunyi di luar rumah dan menyangka anaknya, Wan Mohd Fauzan Wan Yusoff, 37, sudah pulang dari kedai makan.

Namun katanya, sangkaannya meleset sebelum cucunya, Wan Nur Balqis Wan Mohd Fauzan, 13, menjerit memberitahu bilik bapanya sedang terbakar.

“Ketika itu elektrik sudah terputus dan kami hanya berpandukan cahaya api untuk mencari jalan keluar.

“Saya cuba buka pagar automatik menggunakan alat kawalan jauh tetapi gagal sebab bekalan elektrik sudah terputus,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Dalam keadaan panik dan dipenuhi asap tebal, mereka berdua akhirnya nekad memanjat pagar rumah untuk menyelamatkan diri.

Menurut Baitihayah, sebaik berjaya keluar, cucunya segera menghubungi pihak bomba dan bapanya untuk memaklumkan kejadian tersebut.

Katanya, ramai jiran juga tidak menyedari rumah itu sedang terbakar kerana kejadian berlaku ketika semua masih nyenyak tidur.

Sementara itu, Wan Mohd Fauzan berkata, pihak forensik bomba memaklumkan kebakaran rumah berusia 38 tahun itu dipercayai berpunca daripada litar pintas.

Menurutnya, dalam biliknya terdapat akuarium yang menggunakan bekalan elektrik sepanjang masa selain penggunaan plag sambungan yang mungkin menjadi punca kebakaran.

“Memang sedih sebab rumah tempat saya membesar hangus sekelip mata.

“Tapi saya sangat bersyukur sebab ibu dan anak saya selamat,” katanya sambil memaklumkan semua kelengkapan sekolah anak tunggalnya turut musnah dalam kebakaran itu.

Terdahulu, keluarga terbabit turut menerima kunjungan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) yang diketuai presidennya, Aiman Yusri Mohd Yusof bagi menyampaikan bantuan makanan dan wang zakat.

Menurut Aiman Yusri, pihaknya akan cuba membantu keluarga tersebut mendapatkan bantuan daripada Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan (ICU JPM) sama ada bagi membina semula atau membaik pulih rumah mereka.


Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Jenazah Dua Beradik Lemas Di Paka Selamat Dikebumikan Di Melor, Kota Bharu
|
Jenazah dua beradik yang lemas di Sungai Beril berhampiran…
Lelaki Maut Motosikal Terbabas Ke Dalam Parit Sedalam Dua Meter Di Tawang
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal jenis Yamaha Y15 ditungganginya…
|
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra terus mencatat peningkatan pergerakan…
Guru Agama Didakwa Amang Seksual Dua Kanak-Kanak Lelaki
|
Seorang guru agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret…
32 Gol Semusim, Mbarga Bagi Bayangan Kekal Bersama KRW FC
|
Pemenang kasut emas Liga A1 Semi Pro, Emmanuel Mbarga…
Jangan Sekadar Tulis Di Media Sosial, Exco Minta Aduan Air Terus Dibuat Kepada AKSB
|
Kerajaan Kelantan meminta rakyat menyalurkan aduan berkaitan bekalan air…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!