Adik Berhenti Kerja Demi Jaga Ayah Dan Abang Terlantar Di Kampung Pendek

Satu perkongsian menyentuh hati dari 3rd Force Pasir Mas mendapat perhatian ramai apabila sebuah keluarga di Kampung Pendek, Kota Bharu kini berdepan ujian berat apabila dua ahli keluarga mereka terlantar akibat kemalangan serius.

Menurut perkongsian tersebut, Mohamad bin Jusoh, seorang tukang rumah, diuji apabila terjatuh dari bumbung ketika sedang bekerja.

Akibat kejadian itu, beliau terpaksa menjalani pembedahan di bahagian kepala, namun sehingga kini tempurung kepalanya masih belum dapat dipasang semula.

Lebih menyedihkan, ingatan beliau juga dikatakan tidak menentu selain mengalami kerosakan tulang belakang.

Abang Juga Terlantar Selepas Jatuh Dari Pokok Kelapa

Namun ujian keluarga ini tidak berhenti di situ.

Anaknya, Ilyas, turut mengalami nasib hampir sama apabila terjatuh dari pokok kelapa setinggi kira-kira 10 meter ketika memetik kelapa lima tahun lalu.

ilyas terlantar selepas jatuh pokok 5 tahun lalu

Foto: 3rd Force Pasir Mas


Akibat kemalangan tersebut, tulang dari bahagian pusat ke bawah dilaporkan hancur, selain tulang rusuk dan tulang belakang turut patah.

Kini, Ilyas dikatakan terlantar dan tidak mampu bergerak seperti dahulu.

Adik Jadi Penjaga Sepenuh Masa

Kedua-dua mereka kini dijaga sepenuh masa oleh Siti Nadihah yang terpaksa berhenti kerja demi memastikan ayah dan abangnya mendapat perhatian rapi setiap hari.

Menurut perkongsian itu, segala keperluan harian keluarga ini kini bergantung sepenuhnya kepada bantuan SARA serta sumbangan orang ramai.

Keperluan Harian Sangat Diperlukan

Antara barangan yang sangat diperlukan ketika ini termasuk lampin pakai buang, tisu basah dan keperluan makanan harian.

Pihak 3rd Force Pasir Mas turut merayu kepada orang ramai yang prihatin agar dapat membantu sekadar mampu bagi meringankan beban keluarga tersebut.

696308642_1565450072249862_253591682062608106_n

Foto: 3rd Force Pasir Mas


“Setiap sumbangan, walau kecil, amat besar nilainya buat kehidupan mereka,” menurut perkongsian itu.

Orang ramai yang ingin membantu boleh berhubung terus melalui pautan:
www.wasap.my/60182718969


Sumber: 3rd Force Pasir Mas

SHARE:

TERKINI

Dua Beradik Hilang Ketika Mandi Di Sungai Jeram Hulu, Dua Rakan Berjaya Diselamatkan
|
Detik cemas berlaku di Sungai Jeram Hulu, Manir apabila…
Kuota RON95 BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 150 Liter Sebulan
|
Kuota penggunaan bahan api RON95 bulanan di bawah program…
Kemalangan Ke Sekolah Di Kampung Pek: Murid 7 Tahun Terpaksa Dipotong Kaki Paras Paha
|
Kemalangan membabitkan empat adik-beradik yang dalam perjalanan ke sekolah…
Kes Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM Nurfisya Di Ketereh
|
Kes kematian tragis pelajar Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Nurfisya…
[VIDEO] Kemajuan Terkini Projek Jambatan Palekbang Hubungkan Tumpat-Kota Bharu
|
Satu perkongsian video di TikTok memaparkan perkembangan terkini pembinaan…
Adik Berhenti Kerja Demi Jaga Ayah Dan Abang Terlantar Di Kampung Pendek
|
Satu perkongsian menyentuh hati dari 3rd Force Pasir Mas…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!