“Bersyukur Masih Hidup…” Penjaga Lembu Ditembak Di Pipi Tak Serik Terus Bekerja

“Bersyukur masih hidup.”

Itu perkara pertama yang terlintas di fikiran Mohamad Khairi Amri Abdul Kadir selepas ditembak dari jarak dekat oleh individu dipercayai pencuri lembu ketika cuba melindungi ternakan di bawah jagaannya baru-baru ini.

Lelaki berusia 42 tahun itu mengalami kecederaan tembakan pada pipi kanan, selain kecederaan serius pada rahang yang menyebabkan dia sukar bercakap.

Khairi menyifatkan kejadian itu sebagai pengalaman paling menakutkan sejak mula bekerja sebagai penjaga lembu milik penduduk kampung kira-kira lapan tahun lalu.

“Saya bersyukur Allah SWT masih sayangkan saya dan diberi peluang untuk hidup,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kemahang 1, semalam.

Khairi yang juga anak sulung daripada 13 beradik berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama beberapa penduduk kampung cuba menghalang sekumpulan lelaki daripada mencuri lembu pada jam 3 pagi, 20 April lalu.

“Saya tidak mengenali mana-mana penyerang. Saya hanya cuba menyelamatkan lembu daripada dicuri dari kandang di kebun getah di Kemahang,” katanya.

Penembak Kurang 15 Meter

Menurut Khairi, penembak berada pada jarak kurang 15 meter di hadapannya ketika tembakan dilepaskan.

“Saya terasa sakit yang tajam di muka selepas ditembak. Saya terus rebah dan meniarap di atas tanah,” katanya.

Khairi berkata, rakan-rakannya segera membantunya selepas penjenayah terbabit melarikan diri.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk menerima rawatan.

Tak Patah Semangat Walaupun Ditembak

Walaupun melalui detik mencemaskan, Khairi berkata kejadian itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus bekerja sebagai penjaga lembu.

“Kejadian ini tidak mematahkan semangat saya untuk terus bekerja sebagai penjaga lembu,” katanya.

Khairi dijadualkan menjalani satu lagi pembedahan pada rahangnya pada Ahad ini.

Terdahulu, pada 20 April lalu, media melaporkan seorang anak peneroka cedera selepas ditembak sekumpulan lelaki yang dipercayai penyeludup lembu di Felda Kemahang 1.


Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Tiada Lagi Caj RM1 Pengeluaran ATM Antara Bank Bermula 1 Julai
|
Pelanggan semua bank di Malaysia tidak lagi dikenakan caj…
Pelajar 17 Tahun Mengaku Ajak Ibu Kandung Buat Aksi Tak Senonoh Selepas Tonton Video Lucah
|
Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun mengaku bersalah di…
Polis Kelantan Buru Dua Lelaki Disyaki Dalang Kes Culik Berkait Hutang
|
Polis Kelantan sedang mengesan dua lelaki dipercayai dalang utama…
Suami Isteri Warga Emas Maut, Motosikal Bertembung Kereta Di Pasir Puteh
|
Perjalanan sepasang suami isteri warga emas berakhir tragedi apabila…
Lebih 13,000 Etnik Rohingya Dikenal Pasti Berada Di Kelantan
|
Polis Kelantan mengesahkan terdapat dalam kalangan etnik Rohingya yang…
Polis Kelantan Dedah Hampir Setiap Hari Etnik Rohingya Cuba Masuk Malaysia
|
Polis Kelantan mendedahkan etnik Rohingya dan warga Myanmar dikesan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!