Kelantan Rancang Tambah Lokasi Riadah, Aktiviti Permotoran Untuk Bendung ‘Mat Rempit’

Kerajaan Negeri Kelantan merancang menyediakan lebih banyak lokasi riadah dan aktiviti permotoran sebagai langkah membendung kegiatan “mat rempit” di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat negeri, Zamakhshari Muhamad berkata, usaha itu selari dengan pendirian kerajaan negeri yang mahu isu sosial melibatkan anak muda dinilai secara menyeluruh tanpa prejudis.

Menurut beliau, penilaian berkaitan isu lumba haram perlu dibuat secara adil dengan mengambil kira pelbagai sudut kajian serta penelitian, dan tidak seharusnya bergantung kepada penguatkuasaan semata-mata.

Walaupun tiada statistik khusus yang menggambarkan tahap sebenar kegiatan “mat rempit” di Kelantan, katanya indikator paling hampir boleh dirujuk menerusi laporan tangkapan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Berdasarkan laporan itu, tiga negeri mencatatkan tangkapan tertinggi iaitu Selangor, Johor dan Pulau Pinang manakala Kelantan, Terengganu dan Perlis berada pada kedudukan paling rendah.

“Jika indikator ini diguna pakai, aktiviti ‘rempit’ di Kelantan hakikatnya berada pada tahap yang lebih rendah berbanding negeri lain,” katanya pada sesi penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Bagaimanapun, Zamakhshari menegaskan kerajaan negeri tidak memandang enteng sebaliknya tetap memandang serius isu berkenaan dan komited menanganinya hingga ke akar umbi.

“Anak muda bukan masalah, sebaliknya aset negara yang perlu dibimbing. Usaha menangani isu ini memerlukan penglibatan semua pihak termasuk ibu bapa serta institusi pendidikan,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan balai pelepasan di terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa dijadikan litar lumba oleh “mat rempit”.


Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Polis Siasat Video Tular Jual Air Ketum Ketika RXZ Members
|
Polis membuka siasatan berhubung dakwaan penjualan air ketum secara…
Jumlah Penduduk Kelantan Bagi Tahun 2026
|
Jumlah penduduk Kelantan dianggarkan meningkat kepada 1,925,300 orang pada…
Dari Penjual Tepi Jalan, Dolly Kini Dibayar Puluhan Ribu Untuk Hidang Teh
|
Di tepi sebatang jalan di Nagpur, India, seorang pemuda…
Dah Jadi ‘Pilot’ Pun Masih Mahu Edar Dadah, Juruterbang Malaysia Ditahan Di Jakarta
|
Seorang juruterbang warga Malaysia ditahan pihak berkuasa Indonesia selepas…
Tiga Maut Myvi Bertembung Treler di Gua Musang
|
Tiga individu termasuk seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala seorang…
Dua Rumah Musnah dalam Kebakaran di Rantau Panjang
|
Seorang penduduk ternampak sebuah motosikal terbakar sebelum api merebak…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!