Dulu Bergelumang Najis, Abbe Hae Kongsi Perkembangan Terbaru Pak Din

Kisah seorang warga emas yang pernah tular sebelum ini selepas ditemui berseorangan dalam keadaan bergelumang najis kini mencuri perhatian ramai apabila kehidupannya dilaporkan semakin pulih dan ceria.

Ketua Aktivis dan Pengasas Pertubuhan Jejak Jalanan, Mohamad Azhan Mohamed Adnan atau lebih dikenali sebagai Abbe Hae menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Pak Din, 61, menunjukkan perkembangan kesihatan yang memberangsangkan selepas beberapa bulan diselamatkan.

Menurut Abbe Hae, Pak Din sebelum ini ditemui dalam keadaan uzur di sebuah rumah usang di Kampung Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan.

Ketika itu, Pak Din dikatakan tidak mampu bergerak dan hidup dalam persekitaran dipenuhi najis sehingga terpaksa makan dalam keadaan tersebut.


Rawatan Fisioterapi Bantu Pemulihan

Abbe Hae berkata, keadaan kesihatan Pak Din kini jauh lebih baik berbanding sebelum ini.

“Alhamdulillah, Pak Din kini semakin sihat. Tangannya yang sebelum ini merengkok juga sudah boleh diluruskan hasil rawatan fisioterapi yang dijalankan secara berkala.

“Pak Din selalu tanya bila saya nak datang. Saya sendiri terharu dia masih ingat,” katanya.


Hargai Pengurusan Pusat Jagaan

Dalam masa sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada pengurusan pusat jagaan yang disifatkan sentiasa memberikan perhatian penuh serta kasih sayang kepada penghuni warga emas.

“Terima kasih kepada semua yang menjaga mereka dengan penuh kasih sayang,” katanya.

BERKAITAN: [VIDEO] Lagi Kes ‘Anak Dari Neraka’ Diselamatkan Oleh Abbe Hae Di Pasir Mas


Sumber: Abbe Hae, Kosmo

SHARE:

TERKINI

Dulu Bergelumang Najis, Abbe Hae Kongsi Perkembangan Terbaru Pak Din
|
Kisah seorang warga emas yang pernah tular sebelum ini…
Kakitangan Kerajaan Negeri Kelantan Bebas Rasuah, Tiada Yang Didakwa SPRM
|
Kerajaan negeri Kelantan menegaskan bahawa tiada seorang pun kakitangannya…
Mahkamah Tolak Permohonan Reman 4 Suspek Kes Tembak Penjaga Lembu Felda Kemahang 1
|
Mahkamah Majistret Tanah Merah hari ini menolak permohonan reman…
Suri Rumah Direman 5 Hari, Kes Rampasan 5 Senjata Api Termasuk M16 Di
|
Seorang suri rumah direman selama lima hari bagi membantu…
Lelaki Cuba Lari Selepas Menyeberang Dari Thailand, 402 Pil Yaba Dirampas
|
Pasukan Strike Force Kompeni B Batalion 9 Pasukan Gerakan…
Dibayar RM4,000 Bawa 5Kg Ganja Dari Thailand Ke Kuala Lumpur, 2 Lelaki Ditahan Di Rantau Panjang
|
Pasukan Strike Force/Tiger Platoon Kompeni A Batalion 9 Pasukan…
Jawatan Kosong Kelantan