Wanita Ditahan Bersama 5 Laras Senjata Api Termasuk M16 Di Kuala Krai

Polis menahan seorang wanita dan merampas lima laras senjata api pelbagai jenis temasuk raifal M16 dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Miak, Kuala Krai pada Isnin.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Ahmad Radzi Hussain berkata, serbuan itu dijalankan kira-kira jam 6.45 petang menerusi Ops Bersepadu Khazanah melibatkan Batalion 8 PGA bersama Jabatan Perhutanan serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan.

Menurut beliau, operasi berkenaan dilakukan hasil maklumat berkaitan aktiviti menyimpan bahagian hidupan liar yang dilindungi.

“Pasukan serbuan telah memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis dengan menunjukkan kad kuasa sebelum menjalankan pemeriksaan di dalam rumah terbabit.

“Hasil pemeriksaan, pasukan menemukan lima laras senjata api pelbagai jenis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Radzi berkata, suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut kesalahan berkaitan Akta Senjata Api 1960.

Barang kes yang dirampas pula dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang untuk tindakan lanjut.


Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Kisah Bekas Bintang Filem Dewasa Dari Jepun Memeluk Islam Selepas Lawatan Ke Malaysia
|
Nama Kae Asakura atau lebih dikenali sebagai Rae Lil…
APM Ambil Masa Lebih 5 Jam Pindahkan Pesakit Obesiti 180kg Di Pasir Mas
|
Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil masa lebih lima jam…
Pilihan Raya Negeri SG4 Dijangka Diadakan Serentak Dengan PRU16
|
Empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu Kelantan,…
200 Unit Vape Bernilai RM20,000 Dirampas Di Tepi Sungai Golok
|
Cubaan menyeludup 200 unit peranti vape ke Thailand gagal…
RESET Himpun 20,000 Penyokong, Fokus Bantu PAS Menang PRU
|
Pimpinan Gerakan RESET menegaskan mereka berjaya menghimpunkan kira-kira 20,000…
Kelantan Catat Kadar Penagih, Penyalahgunaan Dadah Tertinggi – AADK
|
Kelantan terus merekodkan kadar tertinggi penyalahgunaan dadah di Malaysia…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!