1,000 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Sandakan, PM Arah Bantuan Segera

Kebakaran besar di perkampungan atas air Kampung Bahagia, Sandakan awal pagi tadi memusnahkan kira-kira 1,000 rumah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata kebakaran melibatkan kawasan seluas lebih empat hektar, dengan keadaan laut surut menyukarkan usaha mendapatkan bekalan air terbuka bagi operasi pemadaman.

kebakaran rumah air sabah

Foto: Bernama


Menurut beliau, operasi pemadaman menggunakan sumber air daripada pengangkut air, pili bertekanan milik Kilang IOI serta air laut.

“Pasukan bomba menggunakan empat aliran hos sepanjang 1,000 kaki serta 12 pancutan air bagi pemadaman api.

“Jentera Fire Rescue Tender (FRT) BBP Kinabatangan turut membantu operasi pemadaman dengan menggunakan dua aliran hos sepanjang 400 kaki dengan empat pancutan air,” katanya dalam kenyataan.

Jimmy berkata operasi pemadaman kebakaran tamat pada 12 tengah hari tadi dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.32 pagi.

Sementara itu, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Datuk Walter Kenson berkata sebuah lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan Gas pada jam 11 pagi, selepas PPS Dewan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Sapi dibuka pada jam 7 pagi.

kebakaran sandakan sabah

Foto: Bernama


Walter berkata, PPS dibuka selepas pemeriksaan mendapati kawasan dan rumah penduduk terjejas tidak selamat untuk didiami. Pihaknya turut mengeluarkan pengisytiharan bencana kebakaran di daerah itu susulan kejadian berkenaan.

Maklumat tidak rasmi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah menunjukkan setakat jam 10.30 pagi, PPS Dewan PPR Batu Sapi merekodkan pendaftaran 143 ketua isi rumah membabitkan 661 mangsa.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) masih menjalankan proses pendaftaran mangsa.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita dan terkesan dengan kejadian kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di Kampung Bahagia.

Menurut beliau, keutamaan ketika ini adalah memastikan keselamatan semua mangsa serta penyaluran bantuan segera kepada penduduk yang terjejas.

“Terkesan tatkala menerima laporan kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan yang telah memusnahkan ratusan buah rumah penduduk kampung.

“Justeru, keutamaan kini adalah keselamatan mangsa serta bantuan segera di lapangan,” katanya.

Tambah beliau, Kerajaan Persekutuan sedang menyelaras rapat bersama Kerajaan Negeri Sabah bagi memastikan bantuan asas serta penempatan sementara dapat disediakan segera kepada semua mangsa.

Terdahulu, kebakaran itu dilaporkan sukar dikawal berikutan angin kencang serta kedudukan rumah yang terlalu rapat menyebabkan api merebak dengan pantas.


Sumber: Bernama, Kosmo

SHARE:

TERKINI

Tanah Diusahakan 20 Tahun Disita, Peneroka Gua Musang Tuntut Siasatan
|
Peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Chalil, Gua…
Bangsal Tersembunyi Dalam Semak Di Pasir Mas Rupa-Rupanya Stor Dadah
|
Seorang lelaki berusia 34 tahun diberkas Pasukan Gerakan Am…
55 Pelajar Tahfiz Bachok Tawan Tiga Puncak Gunung Stong Sambil Khatam Al-Quran
|
Seramai 55 pelajar Maahaad Tahfiz Sains Al-Muhammadi (MTSM) Nipah…
Mufti Kelantan Tegur Wanita Promosi Pakaian Dalam Dengan Memakai Sendiri
|
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menegur tindakan segelintir…
Pasangan Kekasih Ditahan, Polis Rampas Dadah Bernilai RM9.7 Juta Di Butterworth
|
Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah…
JIPS Siasat Anggota Polis Muat Naik Video Tular Didakwa Hina Penduduk China
|
Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman akan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!