OKU Lembam Maut Dipercayai Dipukul, Ditinggalkan Tepi Jalan Di Bachok

Seorang lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) lembam meninggal dunia selepas ditemui dalam keadaan kritikal di tepi jalan di Kampung Padang Lati, Bachok, semalam.

Mangsa, Muhammad Zakir Fikry Mohd Zainal, 20, ditemui penduduk kampung kira-kira jam 7.30 pagi dalam keadaan nazak sebelum dibawa ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian.

Namun, mangsa dilaporkan menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Zon Merah hospital berkenaan sekitar tengah malam tadi.

Saksi kejadian, Mohd Yusof Shafie, 60, berkata dia dimaklumkan mengenai kejadian yang pada awalnya disangka kemalangan sebelum bergegas ke lokasi.

“Sebaik tiba, saya lihat mangsa masih bernyawa tetapi dalam keadaan nazak dengan kecederaan parah di bahagian kepala dan darah beku memenuhi wajahnya,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu kelihatan pelik kerana motosikal yang dinaiki mangsa tidak mengalami sebarang kerosakan, namun mangsa mengalami kecederaan teruk.

Mohd Yusof berkata dia mengenali mangsa selepas dimaklumkan mangsa tinggal di kampung yang tidak jauh dari kawasan tersebut.

BERKAITAN:
Adik Kongsi Detik Menyayat Hati Lihat Abang OKU Bertarung Nyawa
Polis Sahkan OKU Lembam Ditemui Tepi Jalan Di Bachok, Kes Diklasifikasi Bunuh


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu untuk proses bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh,” katanya.


Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

“Maaf Ayah Saya Baru Meninggal” – Nota Pada Cermin Kereta Buat Ramai Sebak
|
Tindakan seorang wanita menggantung sekeping nota bertulis “Maaf ayah…
Dalang Penyeludupan Petrol Tumpas, Mampu Jual 60 Tong Sehari Sejak 3 Tahun Lalu
|
Kegiatan penyeludupan petrol yang didalangi seorang lelaki warga Thailand…
Lelaki Maut Tercampak Dari Kereta, Tersangkut Di Pokok Sawit Di Gua Musang
|
Seorang lelaki maut selepas dipercayai tercampak keluar dari keretanya…
Industri Ikan Laga Lubuk Emas Belia Kelantan, Raih Ribuan Ringgit Semalaman
|
Industri penternakan ikan hiasan laga atau Betta yang suatu…
Lelaki Dakwa Jadi ‘Nabi’ Cemas Dipukul Ombak Ketika Cuba ‘Belah Laut’
|
Seorang lelaki dikenali sebagai Ebo Noah menjadi perhatian ramai…
Kabinet Thailand Lulus Projek Bersama Malaysia Kurangkan Risiko Banjir Sungai Golok
|
Kabinet Thailand meluluskan pelaksanaan projek alam sekitar bersama Malaysia…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!