Pemilik Restoran Nasi Ulam Cikgu Meninggal Dunia Selepas Rebah Ketika Solat Isyak

Pemilik perniagaan terkenal Restoran Nasi Ulam Cikgu di Kampung Kraftangan, Kota Bharu, Rahaida Abdul Hamid, 50, meninggal dunia selepas rebah ketika menunaikan solat Isyak di rumahnya, semalam.

Suaminya, Muhamad Hussin, 51, berkata arwah rebah dan mengalami kekejangan sebelum tidak sedarkan diri ketika mereka menunaikan solat berjemaah bersama anak bongsu.

“Selepas solat Maghrib, arwah berehat di bilik kerana cuaca panas sebelum kami menunaikan solat Isyak. Ketika rakaat pertama, arwah tiba-tiba rebah,” katanya.

Menurut Muhamad, Allahyarham kemudian dibawa ke sebuah hospital swasta sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 9.30 malam.

Jenazah Rahaida dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kubur Tambak, Kampung Pasir Kota pada jam 10.15 pagi tadi.

Rahaida merupakan anak kepada pengasas Restoran Nasi Ulam Cikgu, Abdul Hamid Idris, dan pernah meletakkan jawatan sebagai guru bagi meneruskan legasi perniagaan keluarga yang cukup dikenali di Kelantan, termasuk cawangan di Kampung Kraftangan dan Taman Tengku Anis, Pengkalan Chepa.

Allahyarham meninggalkan suami serta lima anak berusia antara 13 hingga 26 tahun.


Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Mufti Kelantan Tegur Wanita Promosi Pakaian Dalam Dengan Memakai Sendiri
|
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menegur tindakan segelintir…
Pasangan Kekasih Ditahan, Polis Rampas Dadah Bernilai RM9.7 Juta Di Butterworth
|
Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah…
JIPS Siasat Anggota Polis Muat Naik Video Tular Didakwa Hina Penduduk China
|
Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman akan…
32 Tahun Beroperasi, Kedai Keropok Musnah Dijilat Api, Kerugian Cecah RM500,000
|
Sebuah premis perniagaan keropok warisan keluarga yang sudah beroperasi…
Cikgu Borong 100kg Durian Musang King Di Gua Musang, Muat Dalam Volkswagen Beetle
|
Musim durian kali ini bukan sahaja membawa lambakan buah,…
Lelaki Ditahan Bersama 1,070 Pil Yaba Bernilai RM10,700 Dalam Axia
|
Tindakan seorang lelaki menyimpan lebih 1,070 pil yaba bernilai…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!