Pembantu Kantin Didenda RM2,000, Simpan 100 Video Lucah Dalam Telefon Bimbit

Seorang pembantu kantin dijatuhi hukuman denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Bachok pada Khamis selepas mengaku bersalah memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon bimbit miliknya, awal bulan ini.

Tertuduh, Siti Munirah Muhamad, 32, dijatuhi hukuman oleh Majistret Fakhrul Razzi Abd Hamid selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didapati memiliki sebuah telefon bimbit jenis Realme 9 yang mengandungi kira-kira 100 rakaman video lucah di sebuah rumah di Kampung Kubang Telaga, pada jam 8 malam, Isnin lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Serbuan Op Cyber Guardian

Berdasarkan fakta kes, serbuan dilakukan sepasukan polis dari Cawangan D11 (Seksual/Cyber) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan bersama beberapa unit lain hasil maklumat operasi Op Cyber Guardian.

Pemeriksaan ke atas telefon bimbit tertuduh menemukan bahan pornografi yang disimpan dalam peranti tersebut sebelum telefon berkenaan dirampas untuk siasatan lanjut.

Laporan forensik kemudian mengesahkan kewujudan kandungan berunsur lucah dalam telefon terbabit.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Aiman Syahmi Yazid manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Norizaidah Abdul Salam.

Ibu Tunggal, Pendapatan RM35 Sehari

Pada prosiding itu, peguam memaklumkan tertuduh merupakan ibu tunggal dan hanya memperoleh pendapatan sekitar RM35 sehari, selain memohon hukuman denda dikenakan.

“Tertuduh mempunyai anak perempuan berusia 15 tahun yang dijaga oleh ibu bapanya. Tertuduh mengaku menyesal dan insaf serta berjanji tidak akan mengulangi kesalahan selain akan memberi teladan baik kepada anaknya,” katanya.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda, dan tertuduh dilaporkan telah menjelaskan denda tersebut.


Sumber: Sinar Harian, Utusan

SHARE:

TERKINI

SMKA Naim Lilbanat Sekolah Pertama Di Kelantan Miliki Kelas Berasaskan AI
|
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, Kota Bharu…
Durian Serendah RM1.30 Sekilo Di Tumpat, Harga Esok Ditentukan Pembeli
|
Lambakan durian musim ini memberi rezeki kepada pencinta raja…
Suami Tetak Isteri Guna Parang Sebab Tegur Jiran Lelaki
|
Seorang suri rumah berusia 40 tahun cedera parah selepas…
KRW FC Terima Suntikan Penajaan Baharu Daripada Raja Perfume
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) terus menerima sokongan…
Juruwang Didenda RM5,000 Rakam Kakak Ipar Dalam Tandas Guna Pen Perakam
|
Seorang juruwang didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini…
Dikejar 10 Kilometer, Lelaki Tinggalkan 1.36 Tan Minyak Masak Bersubsidi
|
Cubaan seorang lelaki meloloskan diri daripada pihak berkuasa berakhir…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!