Lelaki Mesir didenda RM4,000 jual perhiasan Al-Quran salah ayat

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki warga Mesir didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Isnin selepas mengaku bersalah menjual dan memiliki perhiasan mengandungi kesilapan cetakan ayat al-Quran, lapor Sinar Harian.

Tertuduh, Elkilany Osama Aly Shaban Ahmed, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Yuhanis Mohd Roslan.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira jam 1.15 tengah hari di sebuah pasar raya di sini pada 21 Mac 2024.

Dia dituduh mengikut Seksyen 14(1) Akta Pencetakan Teks al-Quran 1986 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, antara barangan yang dirampas ialah lima unit al-Quran Multazan saiz A4, dua unit al-Quran Ar-Riyad saiz A5, tiga unit bingkai al-Quran serta empat unit jam al-Quran yang yang didapati mempunyai kesilapan ayat.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Dalam Negeri (KDN), Nur Nabiha Izzati Wahit, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sekiranya gagal membayar denda, tertuduh boleh dipenjara selama dua tahun. Bagaimanapun, dia menjelaskan bayaran tersebut dan mahkamah turut memerintahkan semua barangan kes dilupuskan.

#KelantanDaily
Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Bukan Lagi Untuk Kayangan, HPUSM Tawar IVF Dengan Kos Jauh Lebih Rendah
|
Rawatan persenyawaan in vitro (IVF) kini bukan lagi sesuatu…
PGA Serbu Kilang Kayu Di Kuala Krai, Rampas Kayu Tidak Bercukai Bernilai RM1 Juta
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah kilang kayu yang…
Cuaca Panas Buatkan Itik ‘Merajuk’ Enggan Bertelur, Hilang Selera Makan
|
Seorang penternak itik telur di Kampung Sering, Kota Bharu…
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’, Kisah Hidup Prof Teo Kok Seong, Pakar Bahasa Dari Kelantan
|
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’ Nama Profesor Datuk Dr Teo…
Jawatan Kosong Kelantan