Alasan Datang Kemas Homestay Jam 2 Pagi, Suami Orang Dicekup Khalwat Dengan Janda

Alasan kononnya datang mengemas rumah pada jam 2 pagi memakan diri apabila seorang lelaki berstatus suami orang dicekup berkhalwat bersama seorang janda di sebuah rumah kosong miliknya di Pontian, Johor.

Jurucakap Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) berkata, serbuan dilakukan kira-kira jam 2 pagi Selasa selepas pihaknya menerima aduan daripada orang awam.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, penguat kuasa agama menemui sebuah kereta dan motosikal berhampiran rumah berkenaan, sekali gus menimbulkan kecurigaan.

Pintu Tidak Dibuka Hampir Sejam

Katanya, bagi mengelakkan cubaan melarikan diri, dua anggota ditugaskan mengawal bahagian belakang rumah manakala anggota lain mengetuk pintu hadapan yang berkunci dan bergril.

Bagaimanapun, pintu rumah itu tidak dibuka walaupun diketuk hampir sejam sebelum anggota penguat kuasa bertindak memotong mangga gril menggunakan alat pemotong besi.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki yang hanya berseluar pendek dan tidak berbaju membuka pintu dari dalam rumah.

Wanita Ditemui Dalam Bilik Utama

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati seorang wanita berusia lingkungan 30-an berada di bilik utama rumah tersebut.

Keadaan bilik turut menimbulkan syak apabila dua katil bujang dirapatkan seperti katil kelamin selain cadar dan bantal didapati tidak tersusun.

JAINJ memaklumkan hasil soal siasat mendapati kedua-duanya bukan pasangan suami isteri dan tidak mempunyai hubungan mahram.

Suami Orang, Wanita Berstatus Janda

Menurut JAINJ, lelaki berusia 30-an itu dipercayai mempunyai isteri dan anak, manakala wanita terbabit pula berstatus janda.

Rumah berkenaan difahamkan milik lelaki itu yang jarang didiami dan hanya digunakan sekali-sekala.

Ketika disoal, lelaki terbabit mendakwa dia hanya menghantar wanita itu yang kononnya menyewa rumah berkenaan sebagai homestay, selain datang untuk mengemas rumah.

Namun alasan tersebut diragui memandangkan kejadian berlaku pada awal pagi.

Disyaki Bukan Kali Pertama

Pengadu turut memaklumkan kejadian dipercayai bukan kali pertama berlaku dan pasangan terbabit disyaki merancang pertemuan mereka.

Kedua-duanya kemudian ditahan dan dibawa ke balai polis sebelum disiasat mengikut Seksyen 27 kerana disyaki berkhalwat.

SHARE:

TERKINI

Johor Rasmi Bubar DUN, PRN Ke-16 Bakal Diadakan
|
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 rasmi dibubarkan berkuat…
Cucu Arwah Tok Guru Nik Aziz Dakwa Ditampar Senator
|
Cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul…
Annuar Musa Dedah Punca Undur Diri Dari KTRW, Bakal Terajui Kelantan City
|
Bekas Presiden Kehormat Kelantan The Real Warriors, Tan Sri…
Kelantan Berpotensi Jadi Hab Tenaga Hijau Negara
|
Kelantan dilihat mempunyai potensi geografi dan cuaca yang besar…
Mufti Kelantan Sifatkan Sambutan Hari Jadi Bertema Bunian Sebagai Kufur Nikmat
|
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan sambutan hari…
13 Warga Myanmar Ditahan Di Jeli, Bayar RM3,500 Kepada Ejen Untuk Masuk Malaysia
|
Seramai 13 warga Myanmar termasuk dua kanak-kanak lelaki ditahan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!