PETRONAS Jelaskan Kenapa Malaysia Masih Terjejas Walaupun Negara Pengeluar Minyak

Ramai yang tertanya-tanya, Malaysia mempunyai minyak sendiri, namun kenapa negara masih terkesan apabila berlaku krisis bekalan tenaga dunia?

Persoalan itu dijawab menerusi perkongsian PETRONAS di media sosial yang menjelaskan konflik di Asia Barat kini mengganggu rantaian bekalan minyak global termasuk penghantaran dan logistik, terutama apabila laluan perkapalan utama di Selat Hormuz berada dalam keadaan terhad.

Menurut PETRONAS, sekatan dan gangguan di Selat Hormuz menyebabkan bekalan minyak mentah serta bahan api sukar dihantar ke pasaran seperti biasa.

Lebih membimbangkan, PETRONAS turut memaklumkan sejak krisis bermula, harga minyak mentah dunia meningkat hampir 40 peratus, manakala kos perkapalan, insurans dan logistik penghantaran turut melonjak.

Malaysia Masih Perlukan Import Minyak Mentah

PETRONAS menjelaskan, walaupun Malaysia merupakan negara pengeluar minyak, negara ini masih perlu mengimport minyak mentah untuk menampung permintaan domestik.

Menurut data yang dikongsikan, lebih separuh daripada minyak mentah yang diproses di kilang penapisan negara perlu diimport kerana pengeluaran tempatan tidak mencukupi bagi memenuhi keperluan bahan api negara.

PETRONAS turut memaklumkan kira-kira 38 peratus import minyak mentah Malaysia datang melalui Selat Hormuz, menjadikan negara terdedah kepada risiko gangguan jika laluan itu terjejas.

PETRONAS Jamin Bekalan Bahan Api Mencukupi

Dalam masa sama, PETRONAS memaklumkan pihaknya telah mengambil langkah proaktif bagi memastikan bekalan bahan api negara terus terjamin.

Menurut syarikat itu, rantaian bekalan di stesen PETRONAS dijangka mencukupi sehingga hujung Mei 2026.

PETRONAS turut memberi jaminan bahawa harga bahan api kekal di bawah kawalan selia kerajaan, dan subsidi bagi RON95 serta diesel masih berkuat kuasa.

Orang ramai turut dinasihatkan supaya meneruskan keperluan harian seperti biasa, namun menggunakan bekalan bahan api secara bijak dan cermat.


Sumber: Petronas

SHARE:

TERKINI

Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Bukan Lagi Untuk Kayangan, HPUSM Tawar IVF Dengan Kos Jauh Lebih Rendah
|
Rawatan persenyawaan in vitro (IVF) kini bukan lagi sesuatu…
PGA Serbu Kilang Kayu Di Kuala Krai, Rampas Kayu Tidak Bercukai Bernilai RM1 Juta
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah kilang kayu yang…
Cuaca Panas Buatkan Itik ‘Merajuk’ Enggan Bertelur, Hilang Selera Makan
|
Seorang penternak itik telur di Kampung Sering, Kota Bharu…
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’, Kisah Hidup Prof Teo Kok Seong, Pakar Bahasa Dari Kelantan
|
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’ Nama Profesor Datuk Dr Teo…
Jawatan Kosong Kelantan