Remaja 13 Tahun Hilang Di Ampang Ditemui Selamat Di Pasir Mas

Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang sebelum ini dilaporkan hilang di Bandar Baru Ampang sejak Rabu lalu akhirnya ditemui dalam keadaan selamat di Pasir Mas, Kelantan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid memaklumkan remaja berkenaan, Nur Sofea Haton Abdul Hafiz ditemui berada di rumah ibu saudaranya di Kampung Sipol Tok Uban, Pasir Mas.

Menurut beliau, ibu bapa remaja itu telah dimaklumkan mengenai perkembangan tersebut dan akan segera menguruskan pengambilan Nur Sofea.

“Nama Nur Sofea juga telah dikeluarkan daripada senarai Orang Hilang,” katanya dalam satu kenyataan pada hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan remaja tersebut hilang selepas keluar dari rumahnya di Bandar Baru Ampang dipercayai berpunca daripada perselisihan faham dengan keluarganya.

Kehilangannya disedari oleh bapanya pada jam 7 malam selepas mendapati Nur Sofea tiada di rumah. Pemeriksaan lanjut mendapati remaja itu dipercayai keluar dengan membawa beg pakaian selepas berlaku pertengkaran dalam keluarga.


Sumber: Kosmo

SHARE:

TERKINI

Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Bukan Lagi Untuk Kayangan, HPUSM Tawar IVF Dengan Kos Jauh Lebih Rendah
|
Rawatan persenyawaan in vitro (IVF) kini bukan lagi sesuatu…
PGA Serbu Kilang Kayu Di Kuala Krai, Rampas Kayu Tidak Bercukai Bernilai RM1 Juta
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah kilang kayu yang…
Cuaca Panas Buatkan Itik ‘Merajuk’ Enggan Bertelur, Hilang Selera Makan
|
Seorang penternak itik telur di Kampung Sering, Kota Bharu…
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’, Kisah Hidup Prof Teo Kok Seong, Pakar Bahasa Dari Kelantan
|
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’ Nama Profesor Datuk Dr Teo…
[VIDEO] Risau Keselamatan Pelajar, Individu Sukarela ‘Trim’ Pokok Halang Laluan Pejalan Kaki
|
Tindakan seorang individu yang secara sukarela membersihkan laluan pejalan…
Jawatan Kosong Kelantan