Peniaga Bunga Api Di Kelantan Mampu Raih Untung Enam Angka

Selain baju dan biskut raya, bunga api serta mercun kini menjadi antara barangan yang sanggup dibelanjakan oleh orang ramai bagi memeriahkan sambutan Aidilfitri.

Situasi itu secara tidak langsung memberi ‘durian runtuh’ kepada ejen dan peniaga apabila ada yang mampu meraih keuntungan mencecah enam angka hanya dalam tempoh sebulan.

Perkara itu didedahkan oleh Mohamad Hafiz Omar, 27, yang merupakan ejen bunga api dan mercun dari Guchil, Kuala Krai.

Menurutnya, permintaan terhadap barangan tersebut meningkat berkali ganda terutama pada minggu terakhir Ramadan.

Katanya, kebanyakan pelanggan akan membeli dalam jumlah besar untuk dimainkan bersama keluarga dan saudara-mara sebagai tradisi malam raya.

“Ada pelanggan yang sanggup berbelanja sehingga RM4,000 dalam satu resit bagi membeli pelbagai jenis bunga api dan mercun semata-mata untuk memeriahkan malam satu Syawal.

“Kebanyakan pelanggan tidak berkira dan menganggap ia sebagai hiburan selepas sibuk membuat persiapan raya,” katanya.

Beliau yang hampir sedekad berkecimpung dalam perniagaan itu berkata, kelonggaran kerajaan yang membenarkan semula penjualan bunga api dan mercun secara sah sejak beberapa tahun lalu turut merancakkan lagi industri berkenaan.

Dalam masa sama, Mohamad Hafiz Omar yang juga pemilik SMSM Firework berkata, musim perayaan seperti Aidilfitri merupakan waktu paling sibuk buat peniaga.

“Kadang-kadang stok habis lebih awal dan sukar untuk menambah bekalan kerana permintaan terlalu tinggi, sehingga ada peniaga yang hanya mampu berputih mata kerana stok licin,” ujarnya.

Menurutnya, harga bunga api dan mercun ketika ini bermula serendah 50 sen hingga mencecah RM2,000, namun pelanggan jarang merungut mengenainya.

Tambahnya, beliau kini mempunyai kira-kira 25 peruncit dan penjaja di seluruh Kelantan yang menjual bunga api dan mercun, sekali gus membuka peluang kepada ramai pihak menjana pendapatan sampingan.

Katanya, hanya 36 jenis bunga api dan mercun diluluskan untuk dijual di pasaran dan semuanya dikategorikan sebagai tidak berbahaya jika digunakan mengikut arahan.

“Dua kategori utama yang dibenarkan dijual ialah jenama Happy Boom dan Pop-Pop yang merangkumi pelbagai jenis bunga api serta mercun yang lebih selamat digunakan,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan sebagai peniaga berlesen, mereka sentiasa mematuhi garis panduan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan orang ramai.

Katanya, kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) boleh menyebabkan lesen ditarik balik dan menjejaskan perniagaan pada masa hadapan.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

“Baru Sabtu Lepas Kami Hantar Dia…” Abang Mangsa 61 Tikaman Luah Sebak
|
“Baru Sabtu minggu lalu kami hantar adik menyambung semester…
Kes Pelajar Wanita Ditikam 61 Kali Di Ketereh: Dua Suspek 19 Tahun Ditahan Polis
|
Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes kematian…
“Bersyukur Masih Hidup…” Penjaga Lembu Ditembak Di Pipi Tak Serik Terus Bekerja
|
“Bersyukur masih hidup.”Itu perkara pertama yang terlintas di fikiran…
Identiti Gadis Ditikam 61 Kali Diketahui, Pelajar Kolej Di Kota Bharu Dari Perak
|
Identiti gadis yang ditemukan maut dengan 61 kesan tikaman…
Wanita Ditemui Maut Di Ketereh Pakai Rantai Leher Ukiran Nama “SYAA”
|
Kes penemuan mayat seorang wanita di Kampung Simah, Ketereh,…
Saksi Nampak Kecederaan Di Muka Dan Leher, Penemuan Mayat Wanita Di Ketereh Diklasifikasikan Kes Bunuh
|
Penemuan mayat seorang wanita di jalan Kampung Kubang Kiat,…
Jawatan Kosong Kelantan