Seorang pengguna Threads dikenali sebagai alyahanii menarik perhatian apabila berkongsi pengalaman unik melepasi kesesakan trafik ketika pulang ke Kelantan.
Menurutnya, dia berjaya mengelak kesesakan teruk di laluan utama Gua Musang dengan menggunakan jalan alternatif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tempatan.
Dalam perkongsian tersebut, dia mendakwa terpaksa melalui laluan ladang getah dan kelapa sawit untuk keluar daripada kesesakan.
“Ladang getah - kelapa sawit ku redah. Alhamdulillah smooth ja,” tulisnya.
Dia turut berseloroh bahawa “bayaran” kepada kanak-kanak kampung tersebut adalah dalam bentuk duit raya.
“Nak melepasi jem, ikut guide budak-budak kampung (bagi duit raya kat diorang),” katanya.
Perkongsian itu dibuat selepas laluan utama di Gua Musang dilaporkan mengalami kesesakan teruk, menyebabkan ramai pengguna mencari jalan alternatif.
Difahamkan, laluan kampung seperti Kubang Rusa menjadi antara pilihan bagi mengelakkan trafik sesak.
Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, ada yang terhibur dan ada juga yang berkongsi pengalaman sama.
SHARE:
