Penganggur Dipenjara 9 Bulan, Mengaku Bersalah Pijak Al-Quran

Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret di Alor Gajah selepas mengaku bersalah memijak senaskhah al-Quran dalam kejadian pada 28 Februari lalu.

Tertuduh, Amir Abdul Malik, 41, membuat pengakuan tersebut sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Dr Teoh Shu Yee.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memuat naik rakaman dirinya memijak al-Quran dengan niat menghina agama Islam.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Durian Daun, Masjid Tanah.

Kes didakwa mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah menjatuhkan hukuman tersebut selepas mengambil kira sensitiviti agama dalam masyarakat berbilang kaum, lebih-lebih lagi kesalahan itu dilakukan ketika Ramadan.

Pihak pendakwaan menegaskan perbuatan itu menyentuh sensitiviti umat Islam dan memerlukan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

Mahkamah turut menegaskan bahawa penghinaan terhadap mana-mana agama boleh membawa kesan besar kepada keharmonian masyarakat.

“Ia bukan sahaja menyentuh sensitiviti, malah membabitkan maruah agama serta hak yang dilindungi,” kata majistret.

Tertuduh yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan memohon hukuman minimum, namun mahkamah memutuskan hukuman penjara sembilan bulan bermula dari tarikh tangkapan pada 15 Mac lalu.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Empat Pasukan Bakal Berentap Dalam Kejohanan Pra Musim Di Kota Bharu
|
Peminat bola sepak bakal disajikan dengan aksi menarik apabila…
Kerajaan Cadang LPT3 Secara Kerjasama Awam Swasta Berikutan Kekangan Kewangan
|
Cadangan pelaksanaan Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3)…
Dua Wanita Antara Enam Individu Didakwa Seludup 10 Migran Bangladesh
|
Enam individu termasuk dua wanita dan seorang warga Thailand…
Mekanik Direman Kes Rogol Dan Samun Remaja Ketika Joging Di Tumpat
|
Selepas hampir sebulan kejadian yang menggemparkan penduduk Palekbang, Tumpat,…
Polis Tahan Lelaki Rohingya, Disiasat Kes Rogol Remaja Di Bachok
|
Seorang lelaki etnik Rohingya direman selama enam hari selepas…
Program Disko Retro Di Kota Bharu Disiasat, Pemilik Restoran Dakwa Tidak Tahu
|
Apa yang pada mulanya dipercayai hanya sebuah majlis tertutup…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!