Kereta Dinaiki 5 Sekeluarga Terbakar Depan Hospital Kuala Krai

Sebuah kereta jenis Proton Waja terbakar dipercayai akibat masalah overheat dalam kejadian berhadapan Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai II, pada malam Selasa.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 11 malam itu melibatkan sebuah keluarga perantau dari Nilai yang sedang dalam perjalanan pulang ke Kelantan.

Menurut laporan Skuad Bantu Kuala Krai, kenderaan tersebut terbakar dan dipercayai berpunca daripada enjin yang mengalami overheat.

Api berjaya dipadamkan oleh pihak bomba yang tiba di lokasi kejadian.

Dalam masa sama, pasukan Skuad Bantu turut membantu mengawal lalu lintas bagi memastikan keadaan di lokasi terkawal dan tidak membahayakan pengguna jalan raya lain.

Kejadian itu melibatkan lima ahli keluarga, namun mereka semua dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Walaupun begitu, kenderaan terbabit dilaporkan rentung sepenuhnya.

Pasukan bertugas turut membantu membawa mangsa membuat laporan polis sebelum menghantar mereka pulang ke Kok Lanas.

SHARE:

TERKINI

10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Jawatan Kosong Kelantan