Kelantan Umum Khamis Ini Cuti Peristiwa Sempena Persiapan Aidilfitri

Kerajaan Kelantan mengumumkan Khamis ini sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Besar Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud berkata keputusan itu dibuat bagi memberi laluan kepada orang ramai membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Menurutnya, cuti tersebut juga diharapkan dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas menjelang hari raya.

“Semoga cuti hari kelepasan am ini menjadi peluang berharga untuk dimanfaatkan bersama keluarga tercinta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Cuti Pada 19 Mac

Menerusi kenyataan itu, kerajaan negeri bersetuju menjadikan Khamis, 19 Mac 2026 bersamaan 29 Ramadan 1447H sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri.

Langkah tersebut diambil bagi memudahkan rakyat membuat persiapan akhir menjelang sambutan Aidilfitri.

651757918_1445273550339110_1006500973626864978_n

SHARE:

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!