10 Homestay di Kelantan ada ‘private pool’, anak-anak pasti suka

Kalau sebut percutian keluarga, pastinya anak-anak yang paling teruja. Lagi seronok kalau tempat menginap ada private pool—boleh mandi bila-bila masa tanpa perlu berkongsi dengan orang lain, aurat anak bini pun terjaga. Di Kelantan, rupanya ada banyak homestay yang menawarkan kemudahan kolam renang peribadi dengan harga berpatutan.

Bukan sahaja selesa, malah lengkap dengan dapur, ruang BBQ, Wi-Fi dan berhampiran lokasi menarik. Jadi, kalau anda sedang mencari tempat penginapan yang mesra keluarga, Kelantan Daily senaraikan 10 homestay di Kelantan dengan private pool yang pasti buat anak-anak anda seronok!


1. Nel Homestay, Kota Bharu

10 Homestay di Kelantan ada 'private pool'

Homestay ini terkenal dengan kolam renang yang besar—sesuai untuk anak-anak bermain air dengan selamat. Dilengkapi Wi-Fi, dapur lengkap, ruang keluarga luas dan kemudahan BBQ. Lokasinya juga strategik, hanya 10 minit ke bandar Kota Bharu dan Pantai Cahaya Bulan.


2. DSiti Homestay with Pool, Kota Bharu

10 Homestay di Kelantan ada 'private pool'

Salah satu homestay yang mendapat rating tinggi di Booking.com dengan skor 9.5/10 (“Exceptional”). Menawarkan private pool, ruang BBQ, dan suasana mesra keluarga. Sesuai untuk mereka yang mahukan keselesaan premium semasa bercuti.


3. ALBAB Homestay Private Pool, Bachok

10 Homestay di Kelantan ada 'private pool'

Homestay ini mempunyai 3 bilik berhawa dingin dengan kolam renang dua tahap kedalaman—sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa. Kemudahan lain termasuk Wi-Fi, dapur gas, halaman luas dan ruang BBQ.


4. Fearell Nest Tiny Villa Private Pool, Pasir Mas (Salor)

10 Homestay di Kelantan ada 'private pool'

Sebuah villa kecil dengan suasana ala Bali yang tenang. Sangat sesuai untuk keluarga kecil yang mencari privasi. Dilengkapi kemudahan asas seperti dapur mini, microwave, dispenser air dan ruang BBQ.


5. Che Adham Guest House, Pasir Mas

10 Homestay di Kelantan ada 'private pool'

Bungalow dua tingkat dengan private pool dan kawasan BBQ. Mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Terletak hanya 20 minit ke Rantau Panjang (syurga membeli-belah) dan 25 minit ke bandar Kota Bharu.


6. Casa LiLa Tiny Cabin Stay & Pool, Kota Bharu

10 Homestay di Kelantan ada 'private pool'

Berkonsepkan kabin dilengkapi dengan bilik tidur, ruang tamu, dapur serta rooftop untuk bersantai sambil tengok anak-anak mandi kolam. Lokasinya hanya 10 minit ke bandar Kota Bharu, sesuai untuk keluarga sederhana yang mahu keselesaan dan privasi.


7. Villa Deena’s Private Pool Homestay, Pasir Pekan (Kota Bharu)

10 Homestay di Kelantan ada 'private pool'

Homestay moden dengan private pool, dapur lengkap, penghawa dingin dan Wi-Fi. Lokasinya hanya beberapa minit dari pusat bandar Kota Bharu, menjadikannya pilihan ideal untuk keluarga kecil.


8. Humairah Homestay, Kota Seribong, Kota Bharu

10 Homestay di Kelantan ada 'private pool'

Mempunyai 4 bilik tidur, 3 bilik air dan kolam renang peribadi. Lengkap dengan dapur, Wi-Fi, BBQ serta ruang keluarga yang luas. Pilihan sesuai untuk keluarga besar yang inginkan keselesaan sepenuhnya. Hanya 5 minit ke Wakaf Che Yeh.


9. Villa Tokki, Bachok

10 Homestay di Kelantan ada 'private pool'

Disini ada 2 unit homestay dengan setiap unit mempunyai 3 bilik dan private pool tersendiri yang boleh memuatkan sehingga 15 orang. Disediakan juga ruang BBQ, lot parking yang selesa dan suasana tenang untuk bersantai dengan keluarga besar anda. Jarak dengan Pantai Irama Bachok juga 3km sahaja.


10. Sea Mimpi Villa, Bachok

10 Homestay di Kelantan ada 'private pool'

Hanya 2 minit ke Pantai Irama Bachok, berkonsep estetik yang sangat mesra gambar. Villa ini mempunyai 3 bilik selain lengkap dengan dapur serta kemudahan BBQ di tepi kolam. Privasi terjamin, sesuai untuk mereka yang ingin bercuti jauh dari kesibukan bandar.


Mengapa Homestay Private Pool Pilihan Terbaik untuk Anak-Anak?

  • Privasi terjamin – hanya keluarga anda yang gunakan kolam.
  • Boleh mandi bila-bila masa tanpa terikat dengan jadual.
  • Lengkap dengan kemudahan keluarga seperti dapur, BBQ dan Wi-Fi.
  • Lokasi strategik – dekat pantai, bandar dan tempat makan viral di Kelantan.

Cuti Sekolah 2025 (Kumpulan A – Kelantan, Terengganu, Kedah, Johor)

  • Cuti Pertengahan Tahun: 29 Mei – 9 Jun 2025
  • Cuti Pertengahan Penggal 2: 12 – 20 September 2025
  • Cuti Akhir Tahun: 19 Disember 2025 – 10 Januari 2026

Waktu cuti sekolah inilah masa terbaik untuk bawa keluarga bercuti dan tempah homestay private pool lebih awal sebelum penuh!


Itulah 10 pilihan homestay di Kelantan yang lengkap dengan private pool—daripada homestay moden di bandar, hinggalah villa yang luas untuk keluarga besar. Setiap satu ada keistimewaan tersendiri, sama ada dari segi lokasi, fasiliti atau suasana.

Yang pasti, pengalaman percutian anda akan lebih bermakna bila anak-anak dapat mandi-manda sepuas hati, manakala anda pula boleh berehat sambil menikmati masa berkualiti bersama keluarga.

Jadi, tunggu apa lagi? Jom rancang percutian cuti sekolah 2025 ke Kelantan dan pilih homestay idaman anda untuk mencipta kenangan indah bersama orang tersayang!

#KelantanDaily

BACA BERITA DI KELANTAN

TERKINI

“Bersyukur Masih Hidup…” Penjaga Lembu Ditembak Di Pipi Tak Serik Terus Bekerja
|
“Bersyukur masih hidup.”Itu perkara pertama yang terlintas di fikiran…
Identiti Gadis Ditikam 61 Kali Diketahui, Pelajar Kolej Di Kota Bharu Dari Perak
|
Identiti gadis yang ditemukan maut dengan 61 kesan tikaman…
Wanita Ditemui Maut Di Ketereh Pakai Rantai Leher Ukiran Nama “SYAA”
|
Kes penemuan mayat seorang wanita di Kampung Simah, Ketereh,…
Saksi Nampak Kecederaan Di Muka Dan Leher, Penemuan Mayat Wanita Di Ketereh Diklasifikasikan Kes Bunuh
|
Penemuan mayat seorang wanita di jalan Kampung Kubang Kiat,…
Imam Besar Kelantan Dinobat Tokoh Pekerja Negara Sempena Hari Pekerja
|
Imam Besar Negeri Kelantan, Dr Muhammad Hana Pizi Abdullah…
Penemuan Mayat Wanita Tertiarap Dengan Kesan Tikaman Di Atas Jalan Di Ketereh
|
Penduduk sekitar Ketereh dikejutkan dengan penemuan mayat seorang wanita…
Jawatan Kosong Kelantan